TERDAPAT banyak logam dan garam galian yang diperlukan oleh tubuh. Ada diantaranya diperlukan dalam kepekatan yang agak tinggi dan ada pula yang diperlukan dalam kepekatan yang kecil sahaja. Seperti yang diketahui umum, tubuh manusia memerlukan beberapa jenis garam galian untuk berfungsi dengan sempurna. Tanpa garam-garam galian tersebut tubuh akan mengalami gangguan kesan fisiologi yang seterusnya boleh memudaratkan keadaan fizikal dan mental seseorang. Di antara garam galian yang banyak terdapat di dalam tubuh ialah kalsium, fosforus, natrium sulfur, kalium, klorida dan magnesium. Selain dari itu terdapat beberapa garam galian yang turut diperlukan oleh tubuh dalam kepekatan yang kecil. Garam galian ini dikenali sebagai elemen surih iaitu terdiri daripada zat besi, zink, selenium, kuprum, kromium, manganese, silikon dan nikel.
Setiap bentuk logam, garam galian dan elemen surih ini mempunyai fungsi yang tertentu. Sebahagiannya saling memerlukan antara satu dengan lain untuk berfungsi secara optima. Secara umumnya, bahan-bahan diperlukan dalam pembentukan struktur dan metabolisme tubuh. Sebagai contoh, kalsium dan fosforus diperlukan dalam kepekatan yang optima untuk tumbesaran dan penjagaan tubuh serta perkembangan tulang yang sempurna. Beberapa elemen lain pula diperlukan untuk membawa impuls-impuls saraf disepanjang serat saraf ke serata bahagian tubuh.
Sebagaimana bahan-bahan lain, kandungan logam yang tinggi serta melebihi paras yang diperlukan oleh tubuh akan menimbulkan masalah dan memudaratkan. Ini akan menimbulkan banyak kesan-kesan toksik. Lebih malang lagi sekiranya kehadiran bahan tersebut tidak dapat dipastikan dengan tepat sehinggalah timbul sesuatu gejala. Antara bahan-bahan atau logam yang sering dikaitkan dengan fenomena sebegini ialah plumbum, sejenis logam berat.
SUMBER DAN CARA PENYEBARAN PLUMBUM
Masyarakat umu mungkin kurang faham apakah itu plumbum. Ramai juga yang tidak mengetahui apakah bahaya yang mungkin dihadapi sekiranya seseorang itu terdedah kepada plumbum pada kepekatan yang tinggi dan berterusan. Dari segi biologi, plumbum sebenarnya tidak mempunyai sebarang faedah dalam tubuh sekalipun dalam kepekatan yang paling kecil. Sebaliknya plumbum memindahkan atau mengganti logam-logam lain daripada tapak ikatan di sel-sel yang berkenaan dan menyebabkan berbagai kesan biokimia. Apabila plumbum memasuki tubuh sama ada melalui mulut ataupun pernafasan, pigmen plumbum akan terpisah. Seterusnya tubuhakan menyerap pigmen plumbum ini sebagaimana tubuh menerima elemen lain yang telah dikenalpasti kegunaan dan manafaatnya seperti kalsium dan zat besi.
Plumbum sebenarnya adalah satu keluaran hasil bahan semulajadi yang banyak terdapat di dalam kerak bumi. Ia boleh didapati di dalam air, tanah dan tumbuh-tumbuhan. Sumber plumbum yang paling mudah ditemui ialah dari plumbum yang tersebar di dalam tanah dan air. Disebabkan sifat-sifatnya yang pelbagai, plumbum telah dimanafaatkan untuk berbagai kegunaan sama ada untuk keperluan industri ataupun untuk bahan kegunaan seharian. Sebagai bahan kegunaan seharian, kebanyakan kegunaannya tidaklah ditakrifkan merbahaya sekiranya ia digunakan dengan betul dan perlupusannya dikawalselia dengan teliti. Walau bagaimanapun, plumbum boleh memasuki alam sekitar dalam bentuk yang mungkin merbahaya, apabila ia disalahgunakan atau dibuang secara tidak terurus. Sebagai contoh ini boleh berlaku semasa pembakaran bekas-bekas bateri atau bekas cat-cat lama yang mengandungi plumbum. Plumbum di dalam persekitaran juga dapat meningkat dengan banyaknya akibat dari hasil pembakaran minyak petrol berplumbum. Oleh itu kempen "Gunakan minyak petrol tanpa plumbum" merupakan salah satu langkah bijak bagi mengurangkan kandungan plumbum di persekitaran. Beberapa kajian yang dilakukan di Amerika menunjukkan bahawa kandungan plumbum di usara dapat dikurangkan dengan berkesan, melalui penggunaan petrol tanpa plumbum. Walaupun ada banyak faktor lagi yang mempengaruhi kualiti udara di sekeliling kita, ini adalah satu langkah awal ke arah menikmati persekitaran yang lebih nyaman dan menghirup udara yang lebih bersih.
Debu atau habuk plumbum yang terhasil daripada cat-cat yang menggunakan plumbum juga merupakan ancaman kepada alam sekitar. Perkara ini sering menimbulkan masalah terutamanya kepada kanak-kanak khususnya mereka yang berumur antara satu hingga lima tahun. Bahan ini boleh didapati di lantai, tikarm permaidani, perabut, barang-barang mainan dan barangan lain yang mungkin disentuh oleh kanak-kanak tersebut. Ditambah lagi dengan tabiat semulajadi kanak-kanak yang gemar merasa atau membawa sebarang bahan yang disentuh ke mulut, menjadikan golongan ini lebih terdedah kepada bahaya plumbum di rumah. Walau bagaimanapun satu berita yang agak melegakan ialah kebanyakan cat-cat yang digunakan hari ini tidak lagi menggunakan plumbum sebagai bahan asasnya yang utama. Ini tidak pula bermaksud masalah bahaya plumbum boleh diketepikan begitu sahaja.
Orang dewasa didapati lebih terdedah kepada plumbum bergantung kepada jenis atau bentuk pekerjaan yang mereka lakukan. Mereka yang terdedah kepada sumber plumbum dalam persekitaran tempat kerja akan lebih menanggung risiko terhadap keracunan plumbum. Baru-baru ini satu kajian yang dijalankan di ibu kota Kuala Lumpur mendapati beberapa orang pegawai olis trafik mengalami tahap pendedahan kepada plumbum yang tinggi. Perkara yang sama juga dialami oleh beberapa orang polis trafik di bandaraya Bangkok. Fenomena ini dikaitkan dengan plumbum yang dibebaskan oleh asap-asap kenderaan dan kilang-kilang perusahaan.
Plumbum juga boleh didapati daripada kegiatan-kegiatan yang melibatkan pemprosesan barangan tembikar dan seramik. Oleh itu pekerja dalam sektor berkenaan haruslah diawasi agar pendedahan yang mereka alami itu terkawal dan tidak tersebar keluar dari tempat kerja. Satu lagi sumber plumbum ialah daripada tin-tin yang dipateri secara tidak sempurna terutamanya yang mengandungi makanan berasid. Makanan tidak sepatutnya disimpan dalam bekas tin kerana ini akan meningkatkan lagi keterlarutan plumbum ke dalam makanan itu. Pembakaran kertas surat khabar serta perabut kayu yang dicat dengan cat yang mengandungi plumbum turut menyumbang kepada kandungan plumbum di dalam persekitaran. Lebih kurang 5 miligram plumbum ditemui bagi setiap kilogram kertas surat khabar yang dibakar. Plumbum ini datangnya dari dakwat hitam yang digunakan. Maka sebab itulah penggunaan kertas surat khabar sebagai bahan pembungkus tidak digalakkan lagi. Beberapa kes keracunan, berpunca daripada plumbum yang terkandung dalam ubatan tradisional juga pernah dilapurkan. Apabila ubat-ubatan tersebut dihantar untuk dianalisis didapati ia mengandungi plumbum yang tinggi. Antara jenis plumbum yang ditemui ialah plumbum oksida, plumbum sulfat dan plumbum nitrat. Beberapa kejadian lain turut membabitkan kandungan plumbum yang tinggi di dalam bahan-bahan kosmetik. Plumbum juga dilapurkan dapat meresap keluar dari cawan dan mangkuk yang diperbuat daripada seramik.
Antara sumber-sumber plumbum yang terdapat di persekitaran:

- tanah tanih yang tercemar dan serpihan-serpihan cat
- debu-debu yang mengandungi plumbum di dalam air, udara dan makanan
- air yang dimasak atau disimpan di dalam bekas yang mengandungi plumbum
- menyimpan makanan, buah-buahan terutama yang berasid dalam bekas berplumbum
- sesetengah brangan kosmetik
- ubat-ubat yang tercemar kebanyakannya terdiri dari keluaran bahan-bahan tradisional
- relau pemprosesan logam dan kemudahan kitar-semula plumbum
- pembakaran surat khabar, bekas bateri dan kayu serta perabut kayu yang dicat dengan cat yang mengandungi plumbum
- pensil warna dan warna air apabila dimakan
Senarai ini mungkin hanya merupakan sebahagian dari barangan yang mengandungi plumbum yang terdapat di sekeliling kita. Oleh itu sebarang kemungkinan pendedahan terhadap plumbum secara berterusan mestilah dikenalpasti dan dielakkan. Ini supaya kesan buruk yang mungkin timbul daripadanya dapat dihindarkan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.