Lengan yang besar.
Semua orang mahukan lengan yang kurus, tetapi ia
seakan-akan susah dicapai apabila meningkatnya usia bagi sesetengah orang. Di
bawah ini akan dikongsi tip yang anda perlu ambil perhatian untuk mendapatkan
lengan yang kurus dan cantik. Pergi ke gim setiap hari bukanlah tiket untuk
kelihatan cantik dan hebat. Ia bergantung kepada aktiviti harian sama ada anda
mengamalkan rutin harian yang sihat atau tidak tanpa mengira tempat tertentu.
Anda perlu bersabar kerana kadangkala ia boleh menunjukkan hasil yang pantas,
dan kadangkala sebaliknya.
Angkat Berat
Jika anda mahukan lengan yang kurus, anda perlu
mengamalkan latihan angkat berat ini sebaik-baiknya tiga kali seminggu. Selain
di gim, anda juga boleh melakukannya di rumah. Anda boleh membeli dumbbell di
mana-mana kedai peralatan senaman yang berdekatan. Selain itu, anda boleh
mencuba alternative lain seperti mengangkat tin atau botol berisi air di rumah.
Cuba lakukan seberapa banyak set yang anda mampu.
Makanan
Anda perlu bijak menggabungkan kumpulan makanan
supaya dapat membantu anda untuk mendapatkan badan yang langsing dan lengan
yang kurus. Makanan yang anda perlu utamakan ialah sayur-sayuran, buah-buahan, daging, kekacang dan bijirin,
makanan yang rendah karbohidrat dan makanan berasaskan tenusu. Jika anda makan
makanan daripada kumpulan ini, anda akan mendapat hasi keputusan yang lebih
baik dan lebih cepat daripada jika anda mengamalkan diet tradisional seperti
berlapar setiap hari.
Minum
Banyak Air
Air adalah medium yang paling penting untuk
mengeluarkan toksin dalam badan. Tetapi, anda perlu berhati-hati kerana minum
air secara berlebihan juga boleh member kesan buruk kepada anda. Oleh itu
secara optimumnya, minum air sebanyak lapan gelas sehari adalah lebih baik.
Aerobik
Aerobik adalah cara yang paling baik untuk
menggerakkan keseluruhan tubuh badan anda. Lengan yang kurus juga boleh dicapai
dengan latihan ‘windmill’ atau kincir angin. Angkat kedua belah tangan anda
seperti kedudukan kincir angin dan tangan kanan cuba mencapai hadapan kaki kiri
dan bangun semula serta ulang pergerakan dengan menggunakan tangan kiri untuk
mencapai lantai hadapan kaki kanan anda seperti gambar rajah di bawah.
Boxing
Boxing merupakan salah satu cara yang popular di
kalangan mereka yang menjalani kehidupan
sihat untuk mendapatkan lengan yang kurus dan cantik. Melakukan boxing dengan
menumbukkan ‘punching bag’ ini akan membantu koordinasi dan keseimbangan badan
anda serta boleh membentuk lengan yang cantik.
Push-up
Push-up dapat membantu mandapatkan lengan yang kurus
kerana ia boleh membentuk lengan anda dan mengurangkan tisu-tisu lemak di bawah
lengan anda. Dengan menjadikan push-up sebagai salah satu rutin harian yang
anda perlu lakukan, anda akan memperoleh lengan yang cantik dan kurus seperti
mana yang anda inginkan.
Sumber: iSihat, Sept. 2011, Bil: 46.