Memahami penyakit sawan dan epilepsi
Pergerakan aneh, pengsan dan sawan. Sawan atau tarik adalah rangsangan elektrik yang berlaku di dalam otak secara tiba-tiba yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkah laku atau aktiviti kanak-kanak tersebut. Ini dapat dilihat jika kanak-kanak:
Pergerakan aneh, pengsan dan sawan. Sawan atau tarik adalah rangsangan elektrik yang berlaku di dalam otak secara tiba-tiba yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkah laku atau aktiviti kanak-kanak tersebut. Ini dapat dilihat jika kanak-kanak:
· Diam seketika.
· Tiba-tiba keliru atau
hilang kesedaran.
· Kaki dan tangan menjadi
keras/kejang.
· Kaki dan tangan
menyentak-nyentak.
· Tiba-tiba jatuh ke lantai.
Ramai kanak-kanak yang
boleh mengalami kejadian yang menyerupai sawan. Pergerakan aneh atau pengsan ini
termasuklah :
· Terkejut.
· Pergerakan normal semasa
tidur.
· Tindakan menahan nafas.
· Reflex sawan anoxic
(Reflex anoxic seizures).
· Pengsan.
· Berangan.
Apa itu epilepsi?
“Epilepsi” berasal daripada perkataan Greek “epilambanien”. Ia bermaksud “serangan”. Perkataan ini digunakan untuk menerangkan keadaan di mana serangan sawan yang berterusan berlaku tanpa sebarang rangsangan luar. Epilepsi juga dikenali sebagai “sawan babi”, “cho chin” dalam bahasa Mandarin ataupun “kaka valipu” dalam bahasa Tamil.
Nota:
Sawan yang disebabkan rangsangan adalah bukan epilepsi. Sawan jenis ini boleh disebabkan oleh kadar gula yang rendah di dalam darah, selepas berlakunya trauma kepada bahagian kepala, apabila terdapat perdarahan di dalam otak ataupun apabila mendapat jangkitan kuman di otak.
Siapa yang menghidap epilepsi?
Sekurang-kurangnya 1% dari semua kanak-kanak akan mendapat sawan yang berlaku tanpa rangsangan, tetapi hanya separuh dari kumpulan ini yang seterusnya akan mendapat epilepsi.
Mengapa anak saya menghidap epilepsi?
Epilepsi disebabkan oleh sel-sel otak yang tidak berfungsi dengan baik. Sel-sel otak berfungsi dengan menjanakan aliran elektrik di dalam otak. Apabila aliran elektrik ini menjadi tidak stabil, seperti “short circuit” dan sawan akan berlaku. Kanak-kanak yang menghidap epilepsi ada kecenderungan untuk membentuk aliran elektrik otak yang tidak stabil. Ini disebabkan oleh:
· Faktor keturunan dan
semula jadi mendapat sawan.
· Pembentukan otak yang
abnormal semasa pembentukan janin di dalam kandungan.
· Kerosakan otak yang
disebabkan oleh jangkitan otak, kekurangan oksigen / lemas atau pendarahan di
bahagian otak.
· Penyakit otak yang
berlanjutan, contohnya kanser otak atau penyakit yang menyebabkan otak semakin
rosak.
Sumber: http://sakitrawat.blogspot.com/
Sumber: http://sakitrawat.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.