Saturday, March 19, 2011

Sembelit


                                                                    
Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik.

Tanda dan Gejala
Biasanya gejala-gejala sembelit adalah seperti berikut. Walau bagaimanapun, setiap orang mungkin akan mengalami gelaja-gejala yang berlainan. Gejala-gejala tersebut:
  • Tidak membuang air besar beberapa hari, atau membuang najis yang keras dan kering.
  • Perut kembung, kejang atau sakit.
  • Kurang selera makan.
  • Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakkan ketidakselesaan.
  • Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak.

Sebab-Sebab
Ketika makanan bergerak menerusi kolon, kolon akan menyerap air daripada makanan semasa ia membentuk bahan buangan atau najis. Pengecutan otot pada kolon kemudiannya akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada usus besar). Setelah najis sampai ke rektum, ia telah menjadi keras kerana kebanyakan air telah diserap.

Sembelit berlaku apabila kolon menyerap telalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembab menyebabkan najis bergerak ke arah kolon secara terlalu perlahan. Akibatnya, najis akan menjadi keras dan kering. Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
  • Kurang serat dalam diet.
  • Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
  • Pengubatan.
  • Susu.
  • Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
  • Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
  • Penyalahgunaan julap.
  • Menahan untuk membuang air besar.
  • Kekurangan air.
  • Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
  • Masalah dengan kolon dan rektum.
  • Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.

Komplikasi
Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar atau Anal Fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus). Ia berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot Sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku, di mana darah kelihatan di permukaan najis.

Kadang kala, regangan menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini boleh menjurus kepada pengeluaran mukus dari dubur. Rektum yang terkeluar dengan teruk dan kronik memerlukan pembedahan untuk menguatkan dan mengetatkan otot spinchcter dubur atau untuk membaiki lapisan yang terkeluar (terjatuh).

Sembelit juga boleh disebabkan oleh najis yang keras memenuhi ruang usus dan rektum secara amat ketat yang mana penolakan najis keluar secara normal tidak mampu membawa najis keluar. Ini merupakan Fecal Impaction yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Impak ini boleh dilembutkan dengan penggunaan minyak mineral yang diminum atau disuntik menerusi dubur. Selepas melembutkan impaksi, doktor mungkin akan memecahkan dan membuang bahagian najis yang keras dengan memasukkan jari.

Rawatan 
Perkara utama dalam merawat sembelit ialah untuk memastikan kita memakan serat dan meminum air dengan cukup. Ini akan membantu najis bergerak menerusi usus dengan meningkatkan ketebalan najis dan menjadikannya lebih lembut. 

Berbincang dengan doktor keluarga anda sekiranya:
  • Sembelit masih baru dan jarang berlaku kepada anda.
  • Anda mengalami sembelit selama 3 minggu atau lebih.
  • Anda dalam kesakitan.
  • Anda mendapati najis anda berdarah.

Pencegahan
Dalam banyak kes, tips mudah berikut akan membantu:
  • Makan pelbagai jenis makanan. 
  • Makan banyak kekacang, bijirin penuh, buahan segar dan sayuran.
  • Minum banyak air.
  • Lakukan senaman secara berkala.
  • Jangan menahan untuk membuang air besar.

Anaemia: Sebab, Gejala, Rawatan, Komplikasi dan Pencegahan

                                                                 

Apakah Anaemia?
Ia adalah suatu keadaan dimana sel darah merah yang matang yang membawa oksigen ke seluruh tisu badan berkurangan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dinamakan haemoglobin. Anaemia biasanya bermaksud haemoglobin yang tidak mencukupi. Paras Haemoglobin yang normal adalah diantara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.

 
Sebab-sebab anaemia
  • Kehilangan darah (samada akut atau kronik).
  • Kehilangan darah yang akut boleh dilihat semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gentian darah.
  • Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan.
  • Pembentukan sel darah merah yang tidak mencukupi dari tulang sum-sum.

Ini mungkin disebabkan oleh :
  • Kekurangan faktor penting seperti zat besi,, vitamin B12, folate dan erythropoietin.
  • Pembesaran yang mendadak bagi remaja, menyebabkan penambahan keperluan zat besi dimana ianya melebihi paras penyerapan zat besi.
  • Kitaran haid bagi wanita dengan kehilangan anggaran 30mg zat besi setiap bulan menyebabkan kekurangan zat besi.
  • Faktor Toksik : Penyakit Inflamasi, kegagalan hati dan ginjal, ubatan.
  • Kekurangan hormon : Paras hormon tiroid rendah.
  • Serangan tulang sum-sum : kanser darah, penyakit tulang sum-sum.
  • Gangguan pembentukan sel darah merah: keadaan seperti Talasemia.
  • Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan.
  • Mungkin berlaku didalam beberapa jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat.


Jenis Anemia yang biasa berlaku ialah :
  • Anemia disebabkan kekurangan zat besi.
  • Talasemia
  • Tanda-tanda dan gejala
  • Ramai remaja menghidapi Anaemia dan tidak mengetahui sebabnya.


Gejala-gejala termasuk:
  • Keletihan setiap masa.
  • Pening
  • Sesak nafas apabila melakukan atktiviti fizikal
  • Kulit pucat
  • Kadar denyutan jantung yang cepat
  • Kurang daya ingatan
  • Kurang berat badan


Komplikasi
Jika Anaemia sangat teruk ia akan menyebabkan :
  • Kegagalan jantung dimana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi.
  • Masalah semasa mengandung seperti melahirkan anak pramatang dan pertumbuhan janin yang terencat semasa berada didalam kandungan.

Rawatan
Pemeriksaan haemoglobin untuk menentukan samada anda menghidapi anaemia atau tidak boleh dilakukan di klinik berhampiran dengan anda.

Rawatan Anaemia bergantung kepada jenis Anaemia yang dihadapi.
  • Jika ia disebabkan oleh masalah perubatan seperti Talasemia, Leukaemia, rawatan khusus perlu dilakukan.
  • Jika ia disebabkan oleh kekurangan zat besi, maka ia perlu mengambil makanan seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan juga pil tambahan zat besi. 

Tips lain: Untuk merawat kekurangan zat besi :
Dinasihatkan mengambil pil tambahan zat besi bersama dengan vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi.
Penyebab utama seperti infeksi cacing dan keradangan pada usus perlu dirawat.

Pencegahan
Makan makanan seimbang setiap hari. 

Rujukan: http://sakitrawat.blogspot.com/2010/07/anaemia-sebab-gejala-komplikasi-rawatan.html


Thursday, March 17, 2011

Kanser Prostat

                                                                   
1. Epidemiologi: 

Kanser jenis yang kedua yang paling banyak dijangkiti oleh kaum lelaki. Di Amerika Syarikat, orang berketurunan Afrika menghidap 25% dari seluruh barah prostat di sana manakala di Asia pula hanya di antara 3-5%. Penduduk di California dijangkit kanser ini 100 kali lebih banyak daripada penduduk Cina di Shanghai. Oleh sebab itu, ada unsur-unsur genetik dan suasana kemastautinan yang perlu diselidik. Kes-kes kanser ini sedang menurun, 180 000 kes dalam setahun, akan tetapi tahapnya dua kali ganda 10 tahun yang lepas. Terdapat 40 000 kematian setahun. Kanser prostat mengambil jangka masa yang agak lama untuk merebak, oleh sebab itu, kanser ini digelar penyakit orang tua. Isi padu ketumbuhan ini berlipat ganda setiap 4 tahun.

2. Ketumbuhan kanser prostat:
 
Kanser ini merebak daripada kelenjar; daripada beberapa punca di dalam kelenjar, ianya bermula di dalam lapisan lemak prostat. Daripada situ, sel kanser merebak ke pundi kencing, saliran kelenjar seminal dan kelenjar limfa berdekatan.  90% daripada sel kanser ini merebak ke tulang.

3. Simptom: 

- Kerap kencing dan arus kencing yang perlahan, selalunya pada waktu malam. Kencing tak puas, darah atau sperma dalam air kencing adalah sebahagian daripada simptomnya.
- Jika terdapat sakit-sakit tulang, pinggul atau tulang belakang, kemungkinan kanser telah melarat. 

4. Diagnosa: 

- Pemeriksaan rektum dengan menggunakan jari oleh doktor pakar ;        - Petanda tumor iaitu PSA, had maksima yang boleh dicapai ialah 4.0ng/ml. Jika dari lingkungan 4.0 ke 10 ng/ml, bengkak prostat biasa boleh disyaki. Akan tetapi untuk membezakan kanser prostat daripada bengkak prostat biasa, menghitung FPSA( Free PSA) dan nisbah FPSA/PSA boleh membantu, untuk kajian yang normal nisbah ini mesti lebih tinggi dari 0.25. Jika nisbah ini rendah, kebarangkalian risiko kanser adalah tinggi.                                                                         - Menggunakan kaedah scan melalui dubur dan cebisan biopsi untuk mengenal pasti kedudukan dan saiz tumor. Oleh sebab mengambil biopsi ada risikonya, ianya boleh dielakkan dengan mengambil hitungan FPSA.

5. Rawatan:
 
Ianya bergantung kepada tahap tumor. Dalam kes-kes yang biasa, ulangan dengan pakar sudah memadai, tetapi memerlukan rawatan perubatan seperti:

- Pembedahan : mengeluarkan keseluruhan atau sebahagian prostat;         - Pancaran radiasi : Perkembangan yang pesat dalam mesin dan cara-cara perubatan;
- Hormon terapi: Khasnya digunakan untuk mengurangkan tahap hormon testosteron, boleh mengakibatkan impotensi dan badan rasa panas ;
- Kemoterapi jarang digunakan. 

6. Rawatan susulan: 

- Pemeriksaan klinikal;
- Ultrasound;
- Scan dan kajian PSA dan FPSA. Selepas pembedahan prostat, tahap PSA akan menurun ke sifar. Jikalau ada peningkatan tahap PSA ini menunjukan kewujudan kembali kanser prostat.

7) Pencegahan: 

Hal in demikian bergantung atas keperihatinan diri sendiri dan keraplah berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan prostat melalui rektum dan kajian darah untuk PSA/FPSA.

Jerawat- Punca dan Pencegahan


                                                                    
Jerawat kebiasaannya adalah masalah bagi anak muda, akan tetapi ia juga melibatkan golongan dewasa. Jerawat terjadi apabila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang badan iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.
Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.

Lebih besar kawasan radang, lebih mudah  bagi nanah berkumpul dan akan meninggalkan parut jerawat jika tiada rawatan dan ubat yang sesuai digunakan. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar apabila rawatan diabaikan.

Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu akan menghilangkan seri dan keyakinan diri.

Punca jerawat:
  • Faktor hormon terutamanya golongan perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama kepada masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 'an.
  • Faktor seperti ahli keluarga yang berjerawat juga memainkan peranan kepada masalah ini.
  • Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
  • Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa-apa sahaja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat pada kulit.
  • Sesetengah  jerawat timbul akibat ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Hal ini mungkin akan menyebabkan penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
  • Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.
Kebanyakan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat. Akan tetapi, sesetengah daripadanya boleh menjadi teruk dan kronik.

Petua-petua dan cara-cara menghilangkan jerawat:
  • Bahan paling mudah bagi mengeringkan jerawat adalah krim yang mengandungi Benzoyl peroxida. Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus, ia cepat mengering dan memudahkan sumbatan liang minyak tanggal. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh empat hinga enam bulan.
  • Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
  • Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
  • Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
  • Jaga pemakanan anda. Elakkan memakan makanan yang mungkin membuatkan jerawat menjadi lebih teruk. Setiap orang mempunyai alahan terhadap makanan yang tertentu.
  • Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul akibat perasaan tertekan, bermasalah dan badan yang letih.
  • Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat daripada kain yang tidak meresap peluh mampu menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat akibat kulit berminyak.
  • Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielakkan. Ikat rambut ketika tidur supaya ia tidak menutup muka.
  • Gunakan mekap muka yang berasaskan air. Belilah mekap yang mengandungi "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".
  • Cuci mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya pada waktu malam.
  • Elakkan cahaya ultra ungu daripada matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau terlalu lama akan merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature serta menutup liang sebum.
  • Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang serta berparut.

How To Deal With Confrontation

                                                                 
Nobody wants to have to face a confrontation, and usually even the direst of conflicts and disagreements could beresolved through diplomacy. However, there may be times when a conflict escalates to a messy confrontation. Let’s hope this never happens, but just in case it does, here are some quick tips on how to deal with a confrontation:

·       Take control of yourself. Okay, so the other person’s screaming and out of control. Have the upper hand by maintaining your cool. Bite back your tongue and don’t even try to scream back. Remember, the worst scenario during a confrontation is if you both end up screaming at each other and if the verbal attacks lead to physical violence. Of course keeping your calm might prove to be difficult, considering that you’re in an unnerving situation, but try taking slow, deep breaths. This helps slow down your heartbeat and lower your blood pressure. Once the other person grasps that he doesn’t seem to be getting to you through his emotional outbursts, he’d
 start feeling silly and calm down.

·       Don’t worry about the other people are thinking. You may be in a public place, with people who know you. It’s actually better this way because you’d have plenty of witnesses in case the other person becomes physically abusive. All focus will be on the other person, and he’d certainly be the one who’d look stupid, not you.

·       Don’t give the other person more ammunition. If you respond to anything that they are saying, then you’ll just effectively be extending their tirade. Case in point: if they would start screaming, “You’re a scumbag!” and you respond,”Hey, calm down.” That will just launch a whole round of other expletives: “You’re a moron! Why will I calm down?” etc, etc. That’s why it’s really better to just let the person blow off his steam.  If the other person seems to require some sort of response from you, however, be careful to keep your responses neutral. You can just nod, and show that you are listening, then once the other person pauses for air, you could say something like, “Okay, I can see that you’re really mad about this, why don’t we set up an appointment later so we can resolve this issue?”

·       Really try to hear out that other person. Try to make the confrontation constructive by listening to what the other person seems to be saying. Is he angry because of some decisions you’ve made in the office? Maybe you weren’t aware that your decisions had harsh impacts, and this confrontation may be a wake-up call to you. Just remember, when the other person is highly emotional, it isn’t the time to reason out with him. All you need to do at this point is to listen and consider where all this emotion is coming from.

·       Keep your word. When you successfully manage to calm the other person down and you’ve promised to see him later for a much more professional discussion, do remember to keep this appointment. Otherwise you’d better be expecting a much louder confrontation, and this time it’d be harder to convince him to calm down.

Biji Aprikot, Harapan Terbaru Pesakit Kanser

                                                                
Kernels aprikot merupakan kumpulan nut dan seed ( kekacang dan bijirin ). Tidak ada bezanya dengan kumpulan kekacang dan bijirin yang lain. Apa yang membezakanya ialah kandungan khasiat di dalamnya yang sangat luar biasa, terutama Apricot Organik . Dalam bahasa nutrisi, biji Apricot ini disebut mengandungi Amigdalin, yang juga dikenali sebagai vitamin B17. Vitamin B17  dapat membantu membunuh sel- sel kanser di dalam badan kita, hasilnya dapat membebaskan diri kita daripada serangan kanser.
                                              
Amigdalin (Vitamin B17) boleh diperolehi daripada beratus-ratus jenis tumbuhan .  Diet pemakanan kita haruslah mengandungi B17. Jika tiada B17 dalam diet pemakanan, anda boleh menghidapi penyakit kanser. Selain daripada itu Apricot Kernels B17 juga boleh diperolehi daripada badam pahit ( mempunyai rasa pahit - badam manis tidak mengandungi B17 ), epal pips, benih-benih anggur, sekuang, buah beri, ubi kayu, biji buah oren dan biji benih yang lain.

Terdapat banyak cara yang anda boleh gunakan untuk melawan kanser. Salah satu daripada ialah dengan cara membina sistem imunsasi supaya ia menjadi sangat kuat dan dapat melindungi anda daripada kanser. Satu lagi cara ialah memakan makanan tambahan yang mengandungi antioksidan yang dapat melawan bahan karsinogen di dalam badan anda. Bagaimanapun, B17 menggunakan cara yang sangat unik, iaitu secara langsung menyerang sel kanser. Maka hasilnya jauh lebih baik daripada cara-cara lain yang telah saya sebut di atas.

Kajian tentang Amigdalin yang pertama telah dikeluarkan seratus tahun dahulu. Telah disenaraikan dalam kamus-kamus farmakologi sejak dahulu lagi bahawa B17 merupakan bahan yang tidak mengandungi toksik. Walau bagaimanapun, dalam sebatian B17 terdapat satu unsur kimia yang dinamakan “cyanide“. Bahan ini adalah lengai secara kimia dan tidak berbahaya untuk tisu hidup.

Perkara yang sama juga dapat dilihat dalam garam biasa. Garam sebenarnya terdapat dua unsur kimia di dalamnya tetapi tidak bertindak balas di dalam badan manusia, bahkan sangat diperlukan oleh badan manusia. Dua unsur kimia yang ada dalam garam adalah natrium dan klorida, maka sebab itu garam dalam istilah kimia disebut Natrium Klorida. Sebenarnya di dalam garam ada satu sebatian kimia yang berbahaya “klorin”. Sudah tentu jika anda makan terlalu banyak garam pada satu masa anda akan sakit.

Perkara yang sama juga berlaku dalam biji Apricot. Makan janganlah berlebihan serta ikutlah peraturan yang telah diberikan. Bagaimanapun, amigdalin adalah kurang bertoksik daripada garam, dan jauh lebih selamat daripada gula yang anda makan setiap hari.

Kita sedia maklum bahawa badan kita sentiasa mencipta sel kanser setiap masa. Kebiasaannya sistem imunsasi dapat membunuh sel kanser tersebut. Walau bagaimanapun pada saat anda berada dalam keadaan “stress” , tubuh badan anda akan berada dalam kondisi yang sangat lemah dan sering terdedah kepada persekitaran karsinogen. Keadaan ini akan membuatkan sel kanser menjadi sangat kuat sehingga tidak mampu untuk dimusnahkan oleh sistem imunsasi badan.

B17 daripada biji Aprikot akan bekerjasama dengan sistem imunsasi dengan membunuh sel-sel kanser secara langsung. Untuk pengetahuan anda, pada sel-sel kanser terdapat satu enzim yang dapat membuka “ikatan kimia” yang terpadu di dalam B17 biji Aprikot iaitu cyanide. Maka cyanide akan dibebaskan daripada ikatan kimianya yang terdapat di dalam B17. Apabila cyanide dibebaskan maka cyanide akan membunuh sel kanser. Secara lumrahnya sel yang normal tidak terdapat enzim ini. Maka, sebab itulah B17 tidak akan bertindak kepada sel-sel yang sihat. B17 hanya akan bertindak balas kepada sel-sel yang tidak normal dalam badan manusia termasuklah sel kanser, tumor, jerawat ataupun buasir.

Enzim yang terdapat di dalam sel kenser dapat membuka kunci amigdalin, maka terhasillah cyanide. Jika terdapat lebihan cyanide yang terhasil daripada tindak balas metabolik badan yang berkanser dan cyanide tersebut memasuki aliran darah anda, maka secara semula jadi ia akan dineutralkan oleh hati.

Hati (liver) berkerja dengan lebih kuat jika terdapat ada unsur toksin dalam badan anda hinggakan anda akan dapat melihat kesan kerosakan hati akibat pembersihan toksin dalam badan. Maka jika tubuh kita mengandungi terlalu banyak toksin dan tidak di keluarkan daripada badan, besar kemungkinan kita bakal menghidap kanser hati pula.

Penyelidik-penyelidik di Imperial College London telah membuat uji kaji dengan menggunakan cyanide untuk menghapuskan sel-sel kanser, hasil kajian mereka mendapati cyanide atau apa-apa toksin yang berada di dalam darah dengan cepatnya dineutralkan oleh hati.

Amigdalin kadangkalanya dirujuk sebagai Vitamin B17 dan ditemui di dalam nitriloside yang kaya di dalam buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan. Vitamin B17 digunakan sebagai terapi utama terutamanya kepada mereka yang menjaga pemakanan yang baik, menjaga pH tubuh dengan baik, tiada pencemaran toksin di dalam badan. Vitamin ini telah digunakan untuk merawat penghidap-penghidap kanser daripada beberapa klinik di seluruh dunia.

Pada permulaan abad ke-2, telah dijangkakan bahawa satu daripada lapan orang di UK akan mendapat kanser payudara dan satu daripada empat orang lelaki akan mendapat barah prostat. Jika termasuk kanser yang berlainan jenis, maka dijangkakan tiada keluarga yang akan bebas dari penyakit kanser.

Oleh itu, anda dicadangkan memakan 10 - 12 Apricot kernels setiap hari. Insyaallah, seumur hidup anda akan terpelihara daripada menghidap penyakit kanser. Ini merupakan berita baik bagi mereka yang tercari-cari alternatif penjagaan diri.

Nota: Apricot kernels harus dikunyah atau dihancurkan dan ditabur dalam makanan harian atau dikisar bersama buah-buahan. Perlu diamalkan sebanyak 5 hingga 6 kali sehari.


Kesan Sampingan Kemoterapi(Rawatan Kanser)

                                                                   
Kesan Sampingan Yang Boleh Dijangkakan
Ubat anti kanser mendatangkan pelbagai kesan sampingan yang berlainan. Tidak semua pesakit kanser mengalami kesan sampingan serupa dengan ubat yang sama dan ada juga pesakit yang mengalami kesan sampingan yang sedikit. Seseorang pesakit tidak mungkin mengetahui reaksi mereka terhadap ubat tersebut sehingga dirawat dengan ubat tersebut.

Berapa Lamakah Tempoh Kesan Sampingan
Kemoterapi?
Oleh sebab sel-sel biasa sembuh dengan cepat, kesan sampingan yang dialami biasanya akan hilang selepas rawatan berakbir. Walaupun kebanyakan kesan sampingan hilang dengan agak segera, ada juga yang mengambil masa lebih lama untuk hilang sepenuhnya. Masa yang diambil untuk menghilangkan kesan sampingan adalah berbeza dengan setiap pesakit dan ini bergantung kepada banyak faktor termasuk kesihatan keseluruhan dan jenis ubat yang diambil. Ia amat menggalakkan untuk mengetahui bahawa kebanyakan pesakit yang menjalani kemoterapi tidak mengalami kesan sampingan jangka panjang. Lebih meyakinkan lagi adalah pengetahuan bahawa pakar penjagaan kesihatan telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan dalam menangani sebahagian daripada kesan sampingan kemoterapi yang lebih serius.

Di Dalam Dunia Yang Ideal ...
Apabila merawat pesakit kanser dengan kemoterapi, adalah lebih ideal jika sekiranya pakar penjagaan kesihatan boleh merawat bahagian di mana kanser wujud sahaja. Malangnya, perkara sedemikian tidak selalu dapat berlaku. Kemoterapi menghapuskan sel yang terbahagi dengan kerap, seperti sel kanser. Namun begitu, rawatan ini tidak hanya menghapuskan sel kanser tetapi juga sel biasa yang terbahagi dengan cepat. Sel sedemikian terdapat di dalam

• Mulut
• Kulit
• Sum-sum tulang
• Saluran penghadaman
• Rambut
• Sistem saraf
• Buah pinggang, pundi kencing dan paru-paru
• Sistem pembiakan

Oleh sebab tisu sihat juga mungkin rosak semasa kemoterapi, rawatan mungkin boleh menyebabkan kesan sampingan. Jika doktor telah memilih kemoterapi sebagai rawatan bersesuaian untuk anda, ia amat penting untuk anda mempelajari bagaimana untuk menguruskan kesan sampingan yang mungkin anda alami.

Bilakah Anda Harus Menghubungi Doktor Anda?
Selepas menerima rawatan kemoterapi, jika anda mengalami kesan sampingan seperti kelesuan yang keterlaluan, perubahan dalam kebiasaan sistem usus, demam, loya atau muntah, hubungi doktor anda dengan segera. Doktor anda boleh memberikan anda rawatan tertentu untuk membantu merawat kesan sampingan tersebut.


Anemia
Anemia ialah kesan sampingan yang dialami oleh lebih daripada 50 peratus pesakit yang menjalani kemoterapi. Kemoterapi mengurangkan keupayaan sum-sum tulang untuk menghasilkan sel darah merah yang membawa oksigen ke semua bahagian badan. Apabila terdapat kekurangan sel darah merah, tisu badan anda tidak mendapat oksigen yang cukup untuk berfungsi. Keadaan yang dikenali sebagai anemia ini mungkin dapat dikenal pasti oleh perasaan kelesuan yang keterlaluan, kelemahan, keletihan, kepucatan dan/atau pening-pening.

Sembelit
Oleh sebab ubat anti kanser boleh menyebabkan perubahan dalam kebiasaan sistem usus, anda mungkin mengalami sembelit. Kekurangan aktiviti fizikal dan diet tidak seimbang juga boleh menjadi faktor penyumbang.

Kemurungan
Kanser mungkin mengganggu cara hidup dan mengancam impian serta cita-cita yang bermakna dalam kehidupan seseorang. Tekanan fizikal dan emosi yang diakibatkan oleh kanser dan rawatannya pada badan biasanya menyebabkan kemurungan.

Cirit-birit
Cirit-birit boleh berlaku apabila kemoterapi merosakkan sel yang melapisi usus. Jika anda mengalami kesakitan dan kekejangan serta cirit-birit atau jika anda mengalami cirit-birit melebihi 24 jam, sila hubungi doktor anda.

Kelesuan
Kelesuan ialah apabila seseorang berasa lemah atau penat lebih pantas daripada biasa selepas aktiviti fizikal, mental atau emosional. Kelesuan ialah kesan sampingan utama kemoterapi. Ada banyak penyebab kelesuan dan biasanya anemia merupakan punca utamanya.

Keguguran rambut
Doktor boleh memberitahu anda sama ada keguguran rambut (alopesia) boleh berlaku dengan ubat yang anda ambil. Keguguran rambut boleh berlaku pada semua bahagian badan. Apabila keguguran rambut berlaku, rambut biasanya akan tumbuh semula selepas rawatan kemoterapi berakhir.

Jangkitan
Kemoterapi boleh menyebabkan anda mudah mendapat jangkitan. Ini berlaku kerana kebanyakan ubat antikanser mempunyai kesan ke atas sum-sum tulang dan mengurangkan keupayaannya untuk menghasilkan sel darah putih yang membantu anda melawan jangkitan.

Kehilangan Selera Makan
Sebahagian daripada perubatan kemoterapi mungkin mempengaruhi sel sistem penghadaman – menyebabkan kehilangan selera makan, loya dan cirit-birit.

Masalah Mulut, Gusi dan Kerongkong
Penjagaan oral yang baik penting semasa rawatan kemoterapi dijalankan kerana ubat anti kanser boleh menyebabkan kerengsaan di dalam mulut atau kerongkong anda. Selain daripada kesakitan, kerengsaan mulut boleh dijangkiti kuman di dalam mulut anda.

Loya dan Muntah-muntah
Loya dan muntah-muntah selalunya boleh dikawal atau dikurangkan dengan pengubatan.

Masalah Seksual
Lelaki - Pengubatan kemoterapi mungkin mempengaruhi sel sperma yang boleh menyebabkan ketidaksuburan sementara atau kekal.

Wanita - Kitaran haid mungkin tidak menentu atau terhenti sepenuhnya semasa menjalani rawatan kemoterapi. Wanita juga boleh mendapat jangkitan vagina dan mungkin mengalami simptom menopaus seperti berasa panas. Kesan-kesan sampingan ini biasanya adalah kesan  jangka pendek rawatan dan akan hilang akhirnya.