Thursday, June 16, 2011

Demam Campak

                                                                                                                                    

Apakah demam campak?
Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak yang disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai dengan ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Namun, kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program demam campak kebangsaan, Program Immunisasi Campak.

Apakah tanda-tanda demam campak?
Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:
  • Demam tinggi
  • Batuk, selsema dan sakit tekak
  • Mata berair dan sensitif kepada cahaya
  • Sakit otot
  • Ruam demam campak
Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula di bahagian muka dan kepala kemudian merebak ke bahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.

Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?
Tidak. Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan deman campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam ini biasanya akan berkurangan.

Apakah kesan demam campak kepada kanak-kanak?
Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Walaupun begitu, kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi masalah kekurangan zat makanan dan mempunyai tahap imunisasi yang rendah.

Antara komplikasi lain yang sering terjadi ialah:
  • Jangkitan pada telinga
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
  • Jangkitan pada otak (encephalitis)
  • Cirit birit
Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian. Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.


Bagaimana merawat demam campak?
Tiada rawatan yang spesifik tetapi cara-cara berikut dapat mengurangkan gejala :
  • Panadol untuk mengurangkan demam
  • Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
  • Berehat dan minum air yang cukup.
Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).

Bolehkah demam campak dicegah?
Ya. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak mereka mendapat immunisasi. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan.

Petua Mengubati Demam Campak.
Menggunakan Daun Semambu yang juga dikenali sebagai Mambu atau Neem dalam bahasa Tamil. Cara menggunakannya:
  • Gunakan Daun Semambu sebagai pelapik/ alas cadar untuk tidur.
  • Gunakan Daun Semambu untuk membasuh seluruh badan sama seperti penggunaan sabun. Gosokkan ke badan.
  • Tumbuk Daun Semambu dengan beras dan kunyit, kemudian lumur dan sapukan di seluruh badan.
Tips Kepada pesakit Demam Campak atau Chicken Pox
  • Apabila ruam telah kering dan berkuping, jangan digaru, biarkan ianya gugur dengan sendirinya.
  • Kalau gatal, eloklah mandi. Namun, kebanyakkan petua orang Melayu tidak menggalakkan mandi ketika masih demam campak. Ini terpulang kepada individu dan keaadaan badan pesakit itu sendiri.
  • Ketika Demam Campak mula-mula terbentuk, iaitu bermulanya pertumbuhan ruam, digalakkan meminum air kelapa muda. Ini bagi memercepatkan lagi proses bintik-bintik campak itu tumbuh, dan pesakit tidaklah terseksa begitu lama.
  • Jangan memakan makanan berkicap atau bergoreng, dikhuatiri bintik-bintik campak itu nanti akan berwarna hitam.

Wednesday, June 15, 2011

Keracunan Botol Plastik: Membunuh Secara Senyap

                                                                  
Dengan harga RM 1 saja, kita dah mampu membeli sebotol air mineral dan setelah airnya habis diminum rasa sayang untuk membuang botolnya pula. Lantas dibawa pulang ke rumah dan diisikan dengan air lain sebagai ganti. Pendek kata botol itu akan sentiasa dipastikan penuh berisi dengan air dari semasa ke semasa. Namun  tahukah anda semua bahawa tindakan ini boleh mengundang bahaya kepada kesihatan kita?

Selama ini kita hanya menggunakan pandangan mata kasar untuk menentukan sama ada air yang hendak diminum itu bersih atau tidak melalui aspek luaran botolnya sahaja. Walhal kita sendiri tidak tahu sama ada air tersebut mengandungi kandungan kimia yang berbahaya atau tidak. Jika anda perasan terdapat beberapa kod atau gred yang telah ditetapkan dalam setiap botol plastik yang dihasilkan. Ia dikeluarkan oleh The Society of Plastic Industry pada tahun 1988 di US.  Dan seterusnya kod-kod ini diguna pakai oleh badan-badan yang berkaitan seperti ISO. Mari kita kenali jenis-jenis plastik yang dihasilkan dan digunakan secara meluas di seluruh dunia.


                                                                   

PETE @ PET - Polyethylene Terephthalate
Simbol ini biasanya diklasifikasikan untuk botol yang jernih seperti botol air mineral.  Penggunaannya disarankan hanya sekali pakai sahaja kerana jika terlalu kerap digunakan lebih-lebih lagi untuk mengisi air panas, lapisan polimer pada botol tersebut akan bocor dan mengeluarkan karsinogenik iaitu antara pencetus kanser. Plastik jenis ini dihasilkan dengan menggunakan antimoni trioksida yang boleh mengundang bahaya  kerana ia boleh memasuki tubuh melalui sistem pernafasan. Sekiranya seseorang terdedah pada bahan ini dalam jangka masa yang lama, iritasi pada kulit dan saluran pernafasan akan berlaku. Bagi wanita pula, ia boleh meningkatkan masalah haid, kegugran kandungan dan berkemungkinan anak yang dilahirkan mengalami  pertumbuhan yang lambat sehingga usianya menjangkau 12 bulan.

HDPE - High Density Polyethylene 
Lazimnya kita menjumpai simbol ini pada botol susu dan bekas makanan. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat digunakan kerana kemampuannya mencegah tindakbalas kimia antara kemasan plastiknya dengan minuman atau makanan yang diisi di dalamnya. HDPE memiliki sifat bahan yang kuat, keras dan lebih tahan pada suhu yang tinggi. Seperti juga PET, ia disarankan untuk sekali pakai kerana pembebasan antimoni trioksida akan meningkat dari masa ke semasa.

V @ PVC - Polyvinyl Choride
Ia adalah sejenis yang plastik yang paling sukar dikitar. Ia biasanya digunakan sebagai pembalut makanan (cling wrap) dan pada botol-botol yang lain. Ia juga mengandungi DEHA yang berupaya bertindak balas dengan makanan yang dibalut dengan plastik ini apabila ia bersentuhan secara terus. DEHA mencair pada suhu -15 darjah. Apabila berlaku tindak balas antara PVC dengan makanan yang dibalut dengannya boleh mengundang bahaya kepada ginjal, hati dan berat badan.

LDPE - Low Density Polyethylene
LDPE adalah sejenis plastik berwarna coklat yang dihasilkan daripada minyak bumi (thermoplastic). Ia digunakan sebagai bekas makanan atau botol-botol yang kemek. Ia bersifat kuat, tembus cahaya, fleksibel dan permukaannya agak berminyak. Ia sangat tahan di bawah suhu 60 darjah selsius kepada tindak balas kimia dan mempunyai daya perlindungan yang baik terhadap wap air tetapi kurang baik bagi gas-gas lain seperti oksigen. Ia masih boleh dikitar semula tetapi sukar untuk dilupuskan.

PP - Polypropylene
Ia merupakan pilihan yang terbaik untuk bahan plastik terutamanya sebagai tempat menyimpan makanan, minuman dan botol susu bayi. Ia bersifat jernih, lebih kuat dan ringan dengan daya tembusan wap yang rendah, tahan terhadap minyak, stabil pada suhu yang tinggi serta berkilat. Boleh ditemui pada penutup botol, botol kicap dan juga pada bekas perubatan.

PS - Polystyrene
PS biasanya digunakan sebagai bekas makanan styrofoam dan cawan atau gelas minuman pakai buang. Ia juga merupakan polimer aromatik yang boleh mengeluarkan styrene pada makanan sekiranya ia bersentuhan. Styrene ini juga boleh ditemui pada asap rokok, kenderaan atau kilang. Plastik PS ini seharusnya dielakkan kerana ia berbahaya pada otak, berpotensi mengganggu hormon estrogen wanita yang mengakibatkan masalah kepada sistem peranakan, pertumbuhan dan sistem saraf. Ia juga susah dikitar semula malah memerlukan masa yang lama untuk memprosesnya.

Other - SAN (Styrene acrylonitrile), ABS (Acrylonitrile butadiene styrene), PC (polycarbonate), Nylon
Ia boleh ditemui pada bekas makanan dan minuman, komputer dan alat elektronik. PC biasanya digunakan untuk botol susu bayi, sippy cup, botol minuman dan tin susu formula. Bahan ini boleh memindahkan Bisphenol-A Jika suhu meningkat ekoran pemanasan kepada makanan dan minuman yang berpotensi merosakkan hormon, kromosom pada ovari, penurunan penghasilan sperma serta mengubah fungsi imunisasi. SAN dan ABS pula memiliki daya tahan yang tinggi terhadap tindak balas kimia dan suhu, kekuatan, kekakuan dan pertambahan tingkat kekerasan. SAN biasa terdapat pada mangkuk adunan (mixer), balutan termos, piring, alatan makanan, penapis minuman dan berus gigi manakala ABS pula digunakan pada barang mainan dan paip. SAN dan ABS merupakan bahan plastik yang sangat baik digunakan.

Saturday, May 14, 2011

Keburukan Mi Segera



Mi segera merupakan mi separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” dalam kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket.

Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mi segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mi tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini menyebabkan pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.

Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser dalam kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya dimakan daripada mangkuk secara terus.

Jangan lupakan juga teknik memasak mi segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mi segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?

Kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mi segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan pengambilan mi segera. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat.

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.

Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal. 


10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera:

Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu?
Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?

Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

1. Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

2. Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

3. Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

4. Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

5. BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

6. Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

7. Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

8. Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

9. Polydimethylsiloxane:
Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

10. Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak
; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser. 

Monday, May 9, 2011

Malaria

                                                                    
Proses Jangkitan Malaria
Malaria adalah penyakit disebabkan oleh parasit plasmodium. Penyakit merebak melalui gigitan nyamuk Anopheles yang telah dijangkiti parasit (dipanggil sporozoites) berkenaan. Apabila parasit masuk kedalam tubuh manusia ia akan bergerak melalui salur darah dan terus ke hati. Di dalam hati, parasit menjadi matang dan masuk semula ke dalam sistem darah dan membiak. Dalam masa 48 hingga 72 jam selepas jangkitan, sel darah merah pecah, dan mengeluarkan/melepaskan lebih banyak parasit(merozoites) dan lebih banyak sel darah merah dijangkiti. 

Pusingan hidup berbeza mengikut jenis Plasmodium. Untuk P.vivax 48 jam, P.malariae 72 jam dan P.falciparum antara 36 hingga 48 jam. Malaria menyebabkan anaemia akibat kemusnahan sel darah merah. Masalah ini menyebabkan bilangan hemoglobin yang dilepaskan ke dalam sistem peredaran darah berlebihan selepas sel darah pecah. Gejala utama biasanya timbul seawal 8 hari atau selewat-lewatnya setahun kemudian. 

Gejala malaria berlaku dalam pusingan antara 48 hingga 72 jam, akibat pelepasan merozoites yang berlebihan ke dalam salur darah. Anaemia terjadi akibat dari kemusnahan bilangan sel darah merah yang terlalu banyak dan paras hemoglobin yang berlebihan disalurkan ke dalam sistem darah selepas ianya pecah. Malaria juga boleh dipindahkan secara semulajadi semasa anak dalam kandungan dan melalui pemindahan darah. Parasit malaria boleh dibawa oleh nyamuk dalam suhu lembab, tetapi parasit ini akan hilang bila musim sejuk. Penyakit ini menjadi masalah yang besar/utama kepada kebanyakan negara tropika. 

Setiap tahun Bahagian CDC menganggarkan 300 hingga 500 juta kes malaria dengan kematian melebihi satu juta. Sesetengah negara di dunia, nyamuk pembawa malaria menjadi kebal kepada racun serangga, manakala antibiotik tidak memberi kesan kepada parasit. Oleh itu jangkitan penyakit ini sukar dikawal. Salah satu daripada 4 jenis parasit malaria iaitu Malaria Falciparum mengakibatkan kemusnahan yang besar kepada sel darah merah. berbanding dengan parasit lain. Ia akan membiak dalam tempoh beberapa jam selepas gejala awal dikesan. 

Tanda dan Gejala
  • Mengiggil, demam dan berpeluh
  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Sakit otot
  • Loya dan muntah
  • Anemia
  • Jaudis (kekuningan)
  • Sawan
  • Koma

Bengkak hati dan limpa dapat dikesan semasa pemeriksaan fizikal. Contoh darah pesakit malaria akan diambil untuk diagnosa dan keputusan boleh diketahui dalam tempoh 6 hingga 12 jam. 

Komplikasi
  • Kegagalan fungsi hati dan buah pinggang.
  • Kemusnahan sel darah merah (hemolytic anemia)
  • Jangkitan kuman di lapisan otak (Meningitis)
  • Limpa pecah(rupture of spleen) yang mengakibatkan perdarahan yang teruk

Ramalan Pemulihan/Prognosis 
Pesakit malaria pulih sepenuhnya selepas mendapat rawatan tetapi, kes jangkitan Falciparum kurang memuaskan , kerana ketahanan ( resistant) parasit terhadap ubat anti-malaria adalah tinggi. 

Rawatan
Dalam kebanyakan kes, malaria boleh dirawat dan pulih. Ubat antimalaria boleh diperolehi dengan mudah di hospital dan klinik. Ubat yang biasa diguna chloroquine, quinine dan primaquine. Regim ubat bergantung kepada usia dan tempat di mana mendapat jangkitan ( parasit malaria dari kawasan tertentu kebal kepada ubat malaria yang biasa) dan alahan kepada ubat. 

Dapatkan nasihat dan rawatan awal jika baru pulang dari luar negeri dengan gejala penyakit malaria. Dalam kes yang teruk, pesakit yang menghidap malaria mungkin perlu rawatan di unit rawatan rapi, terutama jika ada komplikasi yang melibatkan otak dan buah pinggang. 

Pesakit yang mendapat jangkitan, terutamanya malaria Falciparum perlu rawatan kecemasan dan masuk hospital. Chloroquine ialah ubat yang biasa digunakan. Bagi kes kebal Chloroquine, Quindinen atau Quinine atau gabungan Pyrimethamine dan Sulfadoxine diberi.

Pencegahan 
Tiada vaksin khas menentang malaria. Ubat antimalaria diberi sebagai rawatan pencegahan kepada mereka yang keluar daerah di mana penyakit ini senang merebak . Rawatan pencegahan juga diberi pada wanita mengandung di kawasan wabak untuk mengelakkan jangkitan kejanin. Ubat ini juga diberi kepada pelawat mengunjungi kawasan yang berisiko 2 minggu sebelum pergi dan 4 minggu selepas meninggalkan kawasan tersebut. Jenis ubat yang diberi bergantung kepada tempat yang akan dilawati. 

Langkah pencegahan lebih bertumpu kepada cara memusnahkan nyamuk dengan mencampurkan racun serangga di tempat pembiakanya seperti paya di mana airnya bertakung. Individu yang diberi ubat antimalaria masih boleh dijangkiti malaria. Memakai baju dan seluar panjang, pasangkan net ditingkap dan guna krim pencegah untuk mengelakkan gigitan nyamuk. Ubat Chloroquine adalah ubat pilihan untuk mencegah malaria. 

Ubat Mefloquine berkesan untuk parasit jenis Falciparum malaria, walau bagaimanapun ubat ini memberi kesan sampingan kepada mental seperti keliru. Pelawat boleh menghubungi CDC ( Communicable Disease Centre) untuk mendapat maklumat berkenaan malaria, ubat pencegah, kawasan wabak dan masa yang sesuai untuk mengembara.

Saturday, April 30, 2011

10 Tips Rawatan Kulit

                                                                  
Kulit yang sihat adalah satu asset yang paling penting untuk kecantikan. Berikut adalah 10 tips rawatan kulit terbaik untuk anda.

1.    Ketahui jenis kulit anda. Ini penting kerana tidak semua produk rawatan kulit sesuai untuk semua orang. Selalunya, semua produk perawatan kulit mempunyai spesifikasi jenis kulit tertentu yang sesuai sahaja untuk produk tersebut.

2.    Minum banyak air. Baik untuk kelembapan kulit anda dan membantu dalam penyelenggaraan kesihatan anda secara menyeluruh.

3.    Kerap bersihkan kulit (1-2 kali sehari). Tip penjagaan kulit yang sangat berkesan . Membantu dalam menyingkirkan kotoran dan elemen kasar lain dari kulit anda. Pembersihan ini sangat penting apabila anda keluar dari rumah anda (pencemaran, habuk dll). Gunakan air yang suam untuk membersihkan kulit (air panas dan sejuk menyebabkan kerosakan pada kulit anda)

4.    Be gentle with your skin. Jangan gosok terlalu keras atau terlalu kerap. Jangan guna terlalu banyak produk perawatan kulit.

5.    Jaga kelembapan kulit anda selalu. Jangan biarkan kulit anda kering. Kekeringan menyebabkan lapisan luar kulit anda merekah, menghasilkan pandangan yang kasar dan tidak menarik. Gunakan pelembab/lotion. Pelembab sangat berkesan jika bila diterapkan ke kulit masih lembab.

6.    Elakkan penggunaan sabun di muka. Sabun hanya boleh digunakan dari bawah leher.

7.    Lindungi diri anda daripada sinar UV yang berbahaya dengan sunscreen/sunblock. Anda boleh menggunakan pelembab yang ada elemen sunscreen. Sinaran UV boleh menyebabkan kanser kulit.

8.    Senaman dan tidur yang berkualiti. Bukan hanya untuk rawatan kulit tapi untuk kesihatan anda secara menyeluruh. Tidur yang kurang menyebabkan pembentukan kerut di bawah mata dan kurang sukan boleh menyebabkan kulit kendur. Selain itu, sukan dan tidur juga membantu dalam stres.

9.    Jumpa doktor kulit yang ada untuk nasihat dan info penjagaan kulit sebelum anda meneruskan untuk menggunakan produk perawatan kulit jika tidak pasti.

10.          Jangan stress. Kesan berbahaya dari stress diketahui semua orang. Stress boleh merosakkan kulit. Berehat atau nikmati mandi yang hangat atau hanya mendapatkan tidur yang baik sudah mencukupi.

12 Perkara Punca Kerosakan Otak

                                                                  
1. Mengabaikan pengambilan sarapan pagi
Individu yg sering mengabaikan pengambilan sarapan pagi berisiko besar mengalami kekurangan gula dalam darah. Ini akan menyebabkan bekalan nutrien tidak cukup untuk dihantar ke otak dan akan menyebabkan bahagian tersebut mengalami kemerosotan.

2. Terlalu banyak makan
Menyebabkan berlakunya pengerasan di bahagian arteri otak lalu memperlahankan kuasa mental.

3. Merokok
Menyumbang kepada pengecutan otak dan penyebab kepada penyakit Alzheimer.

4. Pengambilan gula yang tinggi
Pengambilan gula yang berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrien seterusnya akan menyebabkan gangguan kepada perkembangan otak.

5. Pencemaran udara
Otak adalah penerima oksigen terbesar dalam sistem badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Kurang tidur
Mengabaikan kualiti tidur yang sempurna, akan menjejaskan sel otak dan akan mendatangkan risiko tinggi kepada berlakunya kegagalan otak untuk berfungsi.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Berfikiran sempit
Berfikir adalah latihan terbaik untuk merangsang otak. Namun, jika seseorang sering berfikiran sempit, ia boleh menyebabkan berlakunya pengecutan di bahagian otak.

10. Kurang berkomunikasi
Komunikasi intelektual mampu merangsang perkembangan otak. Jika seseorang jarang berkomunikasi, lama kelamaan fungsi otak akan mengalami kemunduran.

11. Kurang membaca
Keupayaan berfikir tidak meluas dan sempit. Keupayaan berbahasa juga mengurang.

12. Mengabaikan Meditasi
Tiada ruang rehat untuk otak dan tubuh akan menjejaskan kemampuan memproses maklumat. Bagi Muslim, membaca al-Quran dan sembahyang adalah meditasi terbaik, jika tidak dibuat dengan gopoh!

Monday, April 25, 2011

10 Rahsia Tingkatkan Kecekapan Minda

                                                                 
Uji Minda Anda. Buat teka silangkata, Sudoku atau apa-apa permainan yang menguji kecekapan otak berfikir.

                                                               
Tak Perlu Makan Pil Supplement. Tak perlu multivitamin. Ini kerana supplement juga mempunyai side effects yang menggangu system otak walaupun banyak kebaikan.

                                                               
Relax. Ambil masa untuk bersiar-siar. Jangan stress kerana ia menyebabkan penghasilan bahan kimia yang menggangu otak terutamanya dibahagian menyimpan memori.

                                                                   
Makan Ikan. Omega 3 yang terkandung dalam ikan baik untuk fungsi otak dan boleh mengubati masalah yang berkaitan seperti stress.

                                                                 
Minum Kopi. Kafein melindungi otak, terutamanya daripada serangan penyakit Alzheimer’s.

                                                                
Tidur Yang Cukup. Semasa tidur, otak akan memproses memori. Ada yang disimpan dan ada yang dibuang. Kalau tak tidur, protein akan terkumpul dihujung saraf otak membuatkan kita susah untuk berfikir.

Jaga Kesihatan Badan. Penyakit kronik seperti diabetes, obesity, dan darah tinggi boleh mengganggu system otak.
                                                                    
                                                                     
Makan Diet Seimbang. Makan berlebihan merosakkan otak. Kalori yang terlalu sikit pula menggangu fungsi otak.

Pastikan Anda Makan Secukupnya. Tenaga yang banyak diperlukan otak untuk berfikir.

Aktifkan Diri Anda. Senaman sememangnya baik untuk kesihatan otak. Sekurangkan-kurangnya buat senaman untuk 30 minit setiap hari. Bukan sahaja otak, jantung dan paru-paru juga turut sama mendapat kebaikan dari bersenam.