Saturday, February 26, 2011

10 Petanda Kehamilan

                                                                  
Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.
Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!
1. Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.
2. Perubahan pada warna di sekeliling payudara
Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.
3. Kerap membuang air kecil
Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.
4. Merasa tidak bermaya
Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.
5. Sakit dan tegang pada buah dada
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...

...Tahniah!


5 Tanda Penyakit Jantung Yang Perlu Anda Tahu


                                             

Penyakit jantung merupakan pembunuh no 1 di negara kita. Sebab itu kita harus mengenal pasti simptom-simptom yang sering terjadi kepada keluarga terdekat dan pastikan dibawa ke hospital dengan kadar segara. Jika tidak, ia akan memudaratkan dan kemungkinan boleh menyebabkan kematian sekiranya masalah jantung tersebut betul-betul serius.

1. Sakit dada
Sakit dada merupakan simptom yang paling kerap berlaku kepada pesakit. Pesakit akan mengadu sakit di bahagian dada sama ada ditengah atau di sebelah kiri. Pesakit mengatakan sakit tersebut turut dirasakan di bahagian leher, kiri bahu dan juga lengan kiri. Selalunya jika sakit tersebut tidak serius, ia cuma mengambil masa yang singkat untuk lega. Sama ada 5 minit hingga 10 minit. Tetapi sekiranya sakit tersebut serius ia boleh mengambil masa lebih dari 20 minit. Ubat bawah lidah (GTN) akan diberikan kepada pesakit untuk menghilangkan rasa sakit tersebut. Sekiranya pesakit masih juga tidak lega selepas ubat tersebut diberikan, pesakit mungkin mengalami infarksi jantung (myocardial infarction)
Sakit dada boleh berlaku semasa melakukan aktiviti mahupun berehat. Sekiranya sakit tersebut berlaku semasa melakukan kerja-kerja berat, penyakit tersebut tidak seteruk apabila pesakit mengadu ketika rehat.
Tetapi tidak semestinya pesakit yang mengadu sakit dada mengalami masalah jantung. Mereka juga boleh mengalami masalah saluran makanan seperti esophagus atau mengalami masalah gastrik di mana simptom tersebut menyerupai seperti sakit jantung.
Terdapat juga pesakit yang tidak mengadu sakit dada, tetapi mempunyai simptom-simptom lain seperti dibawah. Mereka berkemungkinan mempunyai sejarah kencing manis di mana saluran saraf rasa (sensation) sudah rosak.
2. Sesak nafas
Mereka juga sering mengalami sesak nafas terutama apabila mereka melakukan aktiviti.Penyakit jantung boleh menjadi semakin serius sekiranya mereka mudah mengalami sesak nafas walaupun melakukan kerja-kerja ringan. Malah untuk menaiki tangga atau pergi tandas sekalipun mereka boleh mengadu sesak nafas.
Mereka juga boleh mengadu sakit dada pada waktu yang sama mahupun pada waktu yang berlainan.
Pesakit yang mengalami jantung gagal berfungsi ( cardiac failure), mereka sering menggunakan dua atau lebih bantal untuk tidur. Jika tidak mereka mudah untuk sesak nafas. Kadang-kala mereka boleh terjaga secara tiba-tiba pada waktu malam disebabkan kesukaran untuk bernafas.
3. Bengkak Kaki
Bengkak kaki sering berlaku kepada pesakit yang mengalami kegagalan jantung berfungsi. Mereka mendapati kaki mereka menjadi bengkak dan berat. Jika anda tekan pada bahagian buku lali, anda dapat lihat bentuk jari anda hasil tekanan tersebut.
4. Mudah berpeluh
Sering berlaku diwaktu malam ketika tidur sehinggakan terpaksa menukar pakaian berkali-kali. Ia juga boleh berlaku tidak kira waktu.
5. Sering berdebar-debar
Sering berdebar bukan perkara yang biasa berlaku kepada semua pesakit. Sesetengah pesakit mempunyai masalah berdebar dan setengah pesakit tidak.
Pesakit mungkin mengadu sakit ketika berjalan dan penyakit jantung juga boleh menyebabkan pesakit pengsan disebabkan oksigen tidak dapat sampai ke otak. Dengan panduan ini, moga ia dapat memudahkan anda mengetahui serba sedikit tentang penyakit jantung. Semoga ia bermanfaat.

Friday, February 25, 2011

Tips Penjagaan Rambut


Elakkan Rambut Ditumbuhi Uban

                                                                                                                               
Uban tidak hanya berlaku kepada golongan tua. Golongan muda juga berisiko ditumbuhi uban. Uban tidak bermakna penambahan usia semata-mata tetapi turut melibatkan keadaan rambut dan kulit kepala yang tidak sihat. Apabila rambut mula diwarnai dengan jejalur putih, maka hilanglah seri mahkota tersebut. Rambut beruban ternyata tidak disenangi. Untuk mengelakkan rambut beruban di usia muda, ambil 2 sudu besar biji betik dan dijemur hingga kering. Kemudian, goreng tanpa minyak di dalam kuali hingga hangus. Tumbuk atau kisar sehingga halus. Campur debunya dengan minyak kelapa dan sapu di kepala 2 atau 3 kali seminggu. Selepas itu, cuci rambut seperti biasa. Walaupun cara ini mengambil masa untuk mendapatkan hasilnya, tetapi ianya memang mujarab.

Melebatkan Rambut

Ambil sekepal nasi dan 1/2 biji limau nipis dan direndamkan bersama secawan air dan sebuku garam. Kemudian
diembunkan waktu malam. Pagi esoknya perahlah limau nipis tersebut bersama bahan yang diembunkan tadi. Selepasitu barulah dibasuh rambut anda dengan air campuran tadi dan biarkan selama 3 jam. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Insya-Allah jika diamalkan petua ini, akan menampakkan hasilnya.

Masalah rambut gugur?

                                                              
 Rebus segenggam daun labu muda dengan minyak kelapa secukupnya hingga lumat. Bila sejuk usapkan di kepala, lakukan inisetiap hari hingga rambut tidak gugurlagi.

Menjaga Kecantikan Rambut dan Kebersihan Kepala

1 ) Rambut sememangnya mahkota wanita. Beberapa petua yang sering diamalkan oleh orang dulu-dulu nyata kebanyakannya membawa kesan yang mujarab jika selalu diamalkan walaupun sukar dibuktikan dengan menggunakan kaedah saintifik. Bagi wanita yang ingin mendapatkan rambut yang hitam berkilat dan tidak cepat beruban, minyak kelapa hijau (dibuat sendiri) dan dimasak bersama daun kermak (dibiarkan sejuk), kemudian dilumurkan pada rambut semalaman sebelum dicuci dikatakan membawa kesan yang sangat mujarab. Bagi yang berambut nipis dan ingin melebatkan rambut pula, petua yang harus diamalkan ialah menggunakan air embun yang bertakung pada pangkal pokok pisang dan dilumurkan
ke rambut. Cara ini dikatakan dapat menyelesaikan masalah rambut nipis.

2) Selain itu, serai juga boleh digunakan sebagai 'syampu' rambut selain daripada digunakan sebagai perencah di dalam masakan. Caranya, tumbuk batang serai hingga pecah dan gosokkan pada kepala ketika mandi. Bau harum serai akan melekat pada rambut dan menghilangkan kotoran pada kulit kepala.

3) Mandi wap juga dikatakan boleh merawat rambut. Rawatan ini menggunakan bahan-bahan seperti daun pandan, minyak kelapa, telur, adpokat, lobak merah, lidah buaya ataupun daun semangkuk. Tetapi, tidak semua bahan ini digunakan bersama. Lumrahnya, daun pandan dan minyak kelapa antara bahan yang tidak ditinggalkan. Penggunaan bahan lain bergantung kepada keadaan. Jika rawatan ini selalu diamalkan, ia dipercayai dapat menghitam dan melebatkan rambut dan sentiasa kelihatan bermaya. Ia juga dikatakan dapat membantu mengatasi masalah keguguran rambut, menghilangkan kelemumur dan memulihkan masalah rambut bercabang. Cara ini juga dikatakan membantu merehatkan fikiran dan dapat menghilangkan penyakit migrain atau pening kepala. Sejauh mana kebenarannya, sukar untuk dibuktikan.

Rambut berkelemumur?
                                                                
                                                              
Bancuh air asam jawa dengan air suam kemudian gosokkan ke kepala , biarkan 10-15 minit sebelum dicuci. Insya-Allah akan berhasil..


MELEBATKAN RAMBUT ANAK ( SELEPAS BERSALIN )


Untuk melebatkan rambut anak setelah dicukur, sila gunakan petua ini;

Ambil seranting daun asin, seranting daun delima dan 6 helai daun melur.
Kesemua daun akan digiling, campurkan bersama bedak sejuk dan air.
Sapukan di kepala bayi.

MELURUSKAN RAMBUT YANG KERINTING

Dapatkan segelas santan kelapa tua. Perahkan sebiji limau nipis kedalamnya. Simpan dalam peti sejuk semalaman sehingga bahagian atasnya menyerupai krim. Gunakan krim tersebut bagi menyapu rambut anda. Kemudian tutup rambut anda dengan tuala panas selama 1 jam. Basuh dan bilas. Lakukan 3 kali seminggu.

Saturday, February 19, 2011

Punca-punca Kerosakan Mata


                                                                              
Cahaya matahari 

Pendedahan kepada sinaran ultraungu daripada cahaya matahari secara berpanjangan misalnya boleh menyebabkan katarak. Walaupun sinaran UV bersifat lut sinar atau tidak nampak dengan mata kasar, ia boleh menyebabkan kerosakan pada beberapa bahagian mata. Dalam jangka panjang, ia boleh menyebabkan keadaan yang tidak dapat dibaik pulih jika kita tidak berusaha untuk melindungi mata. Justeru, penjagaan mata yang betul sememangnya penting. Elakkan berada di luar tanpa penjagaan mata yang betul terutama sekitar jam 12 tengah hari kerana sinaran UV ketika itu berada dalam pancaran paling kuat. Pastikan cermin mata gelap yang digunakan boleh menghalang kedua-dua jenis sinaran iaitu UVA dan UVB secara berkesan. Meskipun kita mengenakan cermin mata gelap, usah memandang tepat ke arah cahaya matahari. 
                                                            




Skrin komputer 

Memandang skrin komputer untuk jangka masa lama juga akan meletihkan mata dan boleh menyebabkan kerosakan. 
Apabila menggunakan komputer, pastikan mata dapat berehat seketika. Alihkan pandangan dari skrin dan pandang objek lain selama 10 saat bagi setiap 10 minit. Selain itu, pada setiap jam, pastikan mata mendapat rehat secukupnya. Jangan lupa untuk mengelipkan mata kerana mata yang kurang berkelip boleh mengurangkan air mata bagi melincirkan mata sekali gus menyebabkan mata kering dan tidak selesa. 

Kekalkan jarak yang sepatutnya antara mata dan skrin dengan kejelasan skrin yang betul. Kedudukan yang baik juga membantu untuk mengelakkan diri daripada mudah rasa sakit di bahagian otot dan belakang badan. 

Skrin komputer pula seharus nya berada pada jarak 20 hingga 30 inci dari mata, iaitu kira-kira setengah depa. 
                                                                

Membaca 

Cahaya yang mencukupi sangat penting untuk membaca. Bagi mereka mempunyai penglihatan yang normal, cahaya lampu 60 watt hingga 100 watt paling sesuai. Bagi mereka mempunyai tahap penglihatan kurang baik, pastikan cahaya lampu berada dalam lingkungan 150 watt hingga 200 watt. Usah berbaring ketika membaca. Bahan bacaan pula harus berada pada jarak 33 sentimeter (sm) hingga 40 sm. 
                                                                
                                                                    



                                                                
Menonton televisyen 

Seeloknya, jarak televisyen dari mata haruslah berada kira-kira dua meter. Jika anda gemar menonton televisyen dari jarak dekat, lakukan ujian penglihatan kerana menonton pada jarak sedemikian memang tidak elok diamalkan. Sekiranya mempunyai masalah seperti mata merah, sakit teruk pada mata, penglihatan kabur, benda asing di dalam mata apatah lagi kecederaan pada mata, dapat kan nasihat doktor.



 Sumber daripada: http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=177728


Exercise Workouts for Indoors



When the weather's not so great or you're stuck at home waiting around on maintenance guys or a delivery, exercise workouts for indoors can keep you feeling great. You can get everything done that you need to do to sculpt your body and lose weight-without ever going to the gym or having to step foot outside.

Total Body Exercise Workouts for Indoor

One of the best ways to burn fat is to break up your weights exercise with some cardio. Take it a step further by working your upper body, then lower body, back to upper body, and so on. Keep reading for calisthenics tips. Here are a few exercises that work your whole body (or at least large portions of your body) at once:

·         Jumping rope
                                                                    
·         Squats, with or without weights
                                                                    
·         Lunges, with or without weights
                                                               
·         Push-ups
                                                                                   
·         Pull-ups
                                                               

Isolated Exercises

You can use free weights to target nearly any body part you'd like to shape up. In addition to those, you can also pick up an ab wheel, pull-up bar, or even a resistance band or two.
                                                               
Ab wheel: This one will work your whole upper body, concentrating on the abs. You can get ab wheels at sporting good stores, Target, or Wal-Mart.
                                                                 
Pull-up bars: You can find these anywhere you can get sporting goods. Normally, they're mounted in the doorway. These work your upper body, including lats.
                                                             
Resistance bands: These can be used in the place of free weights for many movements. They're lighter, so they're more portable. Some workout DVDs require these.

Cardiovascular Exercise

If you have a treadmill or an elliptical machine in your home, this one's a no-brainer. If you don't have room or you can't afford one right now (or you just can't justify the cost because you usually go for a run outside!), that's not a problem. There are other ways to get your heart rate up including:
·         Mini-trampolines
                                                              
·         Calisthenics
·         Workout DVDs
·         Jump ropes

Mini-trampolines

You may think trampolines are for kids until you step on one and try to hop for even half an hour. If you're not used to jumping for your heart's health, you're in for a great workout. While it's more convenient to prop the trampoline against the wall without taking it apart and folding it up, you can certainly save space by breaking it down and tossing it into your closet. For more information, visit Starbounding.

Calisthenic                                                                                                                           

Before you played dodgeball, kickball, or basketball, you had to do a warm-up, complete with jumping jacks, jogging in place, and more. You can do that at home, too. Do a longer, more intense version for a true workout instead of just a warm-up. Check out Bodybuilding.com for a great, equipment-free workout.

 Workout DVDs
You can get amazing results from workout DVDs. In some ways, they're the perfect exercise workouts for indoors. They make you feel like you're working out with someone, so the workout isn't as boring as it could be. Also, All you need is the willpower, a DVD player, a television, and enough space to do the moves. You will also need any additional workout equipment the DVDs require, of course. Here are some DVDs sure to get your heart pumping:
·         The Firm series-there are quite a few of these on the market, so choose the ones that target your trouble spots or just offer a cardiovascular workout. Be sure to check out the props you need. Some require steps, free weights, and other equipment.
·         Winsor Pilates-You can do these in a hotel room if you have to. All you need is the space to perform the Pilates movements, and a mat if you prefer. Just want to work your abs? Their specific thirty-minute ab workout is incredible.

Jump Ropes

Jump ropes are best used outdoors, but if you have tall enough ceilings and an empty space, you can use them at home. Mix up your jumps-jump slowly to warm up, increase the tempo, hop on one leg and then the other, and so on. As long as that heart rate's up, you're doing great! Jumping rope is great for your whole body because, if done correctly, you're incorporating most of your muscles.

A Final Word: Working Out Indoors

Don't think you have to go outside to get a great workout. There are so many exercise workouts for indoors that you can perform right in your own home. You don't even have to spend a fortune on equipment.

Thursday, February 17, 2011

Bahaya Penyakit Hepatitis A, B dan C


Ada penyakit yang sama bahaya jangkitannya seperti AIDS, namun ramai yang tidak mengetahuinya. Tahukah anda virus Hepatitis B 100 kali lebih mudah dijangkiti berbanding dengan virus HIV (AIDS)
Hepatitis adalah penyakit yang disebabkan oleh beberapa jenis virus yang boleh menyerang dan merosakkan sel-sel hati manusia. Ia dikategorikan kepada jenis A, B dan C.
                                                              
 
                                                                                                                             

Hepatitis A 
Hepatitis A adalah penyakit hepatitis /yang tidak menimbulkan kesan penyakit yang besar. Hepatitis A merebak melalui makanan dan minuman yang dicemari. Virus ini merebak melalui najis individu yang menghadapi penyakit ini. Sebagai contoh, ikan atau kerang daripada kawasan air yang dicemari oleh najis manusia yang dijangkiti. Ia juga boleh dijangkiti melalui hubungan rapat dengan individu yang dijangkiti.
Tanda-tanda jangkitan boleh dilihat selepas dua ke tiga minggu. Pada minggu pertama, individu yang dijangkiti akan mengalami sakit seperti kuning, keletihan, demam, hilang selera makan, muntah-muntah, pening dan kencing yang berwarna hitam pekat.
Penyakit Hepatitis A mempunyai vaksin yang boleh diambil terutamanya kepada mereka yang keluar negara. Menjaga kebersihan diri adalah penting. Cuci tangan dengan sabun, jika boleh guna sabun anti kuman selepas menggunakan tandas, sebelum menyediakan makanan dan sebelum makan.

                                                              
Hepatisis B
Hepatitis B pula adalah penyakit dalam kumpulan ini yang paling serius dan amat perlu diambil perhatian. Kesedaran tentang bahaya Hepatitis B ini masih kurang di kalangan orang ramai. Cara jangkitannya yang begitu mudah, malah lebih mudah daripada dijangkiti AIDS. Virus ini boleh dijumpai dalam semua bahagian cecair tubuh manusia yang menghadapi Hepatitis B secara teruk dan serius. Virus ini dijumpai di dalam darah, air mani, cecair faraj, cecair sendi, air susu, air kencing, air mata dan pelbagai. Penyakit ini adalah biasanya di Asia adalah daripada kes-kes ibu menjangkitkan ia kepada anak sewaktu bersalin.
Penyakit boleh dijangkiti melalui pemindahan darah atau sebarang hasil darah melalui luka di kulit atau melalui tindik, membuat tatoo, acupunture, kecederaan jarum dan berkongsi berus gigi.
Penagih dadah yang berkongsi jarum turut menghadapi risiko yang sama. Begitu juga penggunaan alatan perubatan dan pergigian yang tidak di nyah kuman dan dicuci bersih.
Jangkitan paling ketara adalah melalui hubungan seksual dan hubungan rapat melalui pembawa penyakit ini. Individu yang menghadapi penyakit ini secara serius dan teruk adalah turut menjadi pembawa.
Daripada 90 peratus bagi mereka yang dijangkiti terdapat 5 ke 10 peratus orang dewasa yang tidak dapat menyediakan antibodi yang mencukupi untuk membasmi jangkitan dan akan dijangkiti secara teruk untuk jangka masa panjang. Mereka ini adalah pembawa penyakit Hepatitis B yang kronik.
Tanda-tanda jangkitan Hepatitis B yang teruk adalah sama seperti jangkitan virus Hepatitis C. Ini termasuk demam, sakit perut dan kuning. Kebanyakan yang dijangkiti secara teruk tidak mempunyai tanda-tanda yang jelas dan mereka boleh menjangkit ia kepada orang lain.
Mereka yang dijangkiti secara teruk mempunyai risiko tinggi mengalami penyakit dan kanser hati yang boleh menyebabkan kematian. Risiko ini meningkat 200 ke 300 kali ganda berbanding yang bukan pembawa. Turut didapati wanita pembawa Hepatitis B, mudah menjangkitkan ia kepada bayi yang dilahirkannya dan bayi tersebut pula menjadi pembawa dan menyebarkan kepada orang lain. Harus diingat, virus ini telah didapati hampir di semua bahagian berair dan cecair tubuh manusia.
Adalah dijangka 3 ke 5 peratus darah di derma di Semenanjung Malaysia diperiksa mempunyai virus HBU iaitu virus yang menyebabkan Hepatitis B. Ini bermaksud, sekitar 468,000 ke 780,000 daripada jumlah penduduk, Sekitar 15.6 juta, sudah menjadi pembawa yang boleh menjangkitkan ia kepada orang lain dan mereka ini mempunyai risiko yang tinggi menghadapi penyakit hati dan kanser hati.
Pada masa ini, tiada cara perubatan khusus untuk Hepatitis B. Belum ada ubat yang mampu mengubati penyakit ini sepenuhnya. Kajian masih terus dijalankan untuk mencari cara rawatan dan ubat yang berkesan melawan Hepatitis B.
Hepatitis B boleh dicegah. Kini terdapat vaksin Hepatitis B yang diberikan secara suntikan. Bagi orang dewasa dan kanak-kanak berumur 10 tahun ke atas, vaksin ini diambil 3 kali di jarak selama sebulan. Bagi kanak-kanak yang berumur di bawah 10 tahun cukup 2 dos yang dijarakkan selama 2 bulan. Dos booster juga perlu diberikan selepas 12 bulan. Daripada data-data yang diterima, penerima suntikan yang lengkap boleh mempunyai imuniti lebih enam tahun. Satu dos tambahan perlu diambil selepas jangka itu untuk meningkatkan semula pertahanan badan.

Hepatitis C
Hepatitis C jarang didengari merupakan penyakit bawaan darah. 85 peratus mereka yang terdedah dengan virus ini akan menghidapi penyakit. Satu daripada 5 antara mereka yang menghidapi Hepatitis C akan mengalami parutan dan pengerasan hati secara berperingkat. Risikonya mengalami barah hati meningkat sebanyak 5 peratus selepas 20 tahun dan 4 peratus setahun bila hati mengalami parut.
Penyakit ini merebak melalui pendedahan kepada darah mereka yang menghidapi penyakit Hepatitis C. Malah darah yang telah kering masih mempunyai virus yang boleh menjangkiti.
Antara cara jangkitan adalah dengan menyentuh darah yang telah dijangkiti. Malah perkongsian alatan suntikan ubat dan darah boleh menjadi punca jangkitan. Kebersihan alatan tatoo dan tindik juga perlu dipastikan dan mereka yang menerima darah atau produk darah sebelum 1994 perlu menjalani pemeriksaan.
Bahaya jangkitan juga datang melalui berkongsi berus gigi, pisau cukur dan alat pemotong kuku dengan mereka yang diketahui mengidap hepatitis C. Walau pun risikonya rendah, namun kesan darah mungkin terdapat pada alatan yang dikongsi. Berkongsi tuala juga boleh mendatangkan risiko. Jangkitan melalui hubungan seks adalah rendah dan masih samar-samar lagi kewujudannya. Namun ada kajian tentang bahan-bahan virus hepatitis ini dijumpai di dalam cecair vagina atau air mani.
Belum ada vaksin lagi untuk mencegah hepatitis C. Penjagaan kebersihan adalah penting bagi menghindari mana-mana jenis hepatitis. Elakkan berkongsi alatan mandi seperti berus gigi, pencukur dan tuala dengan mana-mana individu. Jangan berkongsi jarum atau alatan perubatan dan pastikan alatan perubatan dan pergigian telah dibersihkan terlebih dahulu.
Elakkan amalan seks bebas. Jangan bertukar-tukar pasangan. Pemakaian kondom masih tidak dapat mengelakkan jangkitan kerana virus ini telah didapati dalam air liur dan cecair badan yang lain.
Dapatkan suntikan vaksin terutamanya hepatitis B. Bersihkan tangan selepas ke tandas dan sebelum makan. Jalani pemeriksaan kesihatan dan darah sekurang-kurangnya setahun sekali dan sebaiknya 6 bulan sekali.
Hepatitis A, B dan C mudah untuk dielakkan. Sebarkan maklumat bahan bahaya penyakit ini kepada yang lain kerana ia semakin menjadi wabak. Dapatkan vaksin dan perbaharuinya setiap 6 tahun bagi vaksin hepatitis B.