Saturday, April 30, 2011

10 Tips Rawatan Kulit

                                                                  
Kulit yang sihat adalah satu asset yang paling penting untuk kecantikan. Berikut adalah 10 tips rawatan kulit terbaik untuk anda.

1.    Ketahui jenis kulit anda. Ini penting kerana tidak semua produk rawatan kulit sesuai untuk semua orang. Selalunya, semua produk perawatan kulit mempunyai spesifikasi jenis kulit tertentu yang sesuai sahaja untuk produk tersebut.

2.    Minum banyak air. Baik untuk kelembapan kulit anda dan membantu dalam penyelenggaraan kesihatan anda secara menyeluruh.

3.    Kerap bersihkan kulit (1-2 kali sehari). Tip penjagaan kulit yang sangat berkesan . Membantu dalam menyingkirkan kotoran dan elemen kasar lain dari kulit anda. Pembersihan ini sangat penting apabila anda keluar dari rumah anda (pencemaran, habuk dll). Gunakan air yang suam untuk membersihkan kulit (air panas dan sejuk menyebabkan kerosakan pada kulit anda)

4.    Be gentle with your skin. Jangan gosok terlalu keras atau terlalu kerap. Jangan guna terlalu banyak produk perawatan kulit.

5.    Jaga kelembapan kulit anda selalu. Jangan biarkan kulit anda kering. Kekeringan menyebabkan lapisan luar kulit anda merekah, menghasilkan pandangan yang kasar dan tidak menarik. Gunakan pelembab/lotion. Pelembab sangat berkesan jika bila diterapkan ke kulit masih lembab.

6.    Elakkan penggunaan sabun di muka. Sabun hanya boleh digunakan dari bawah leher.

7.    Lindungi diri anda daripada sinar UV yang berbahaya dengan sunscreen/sunblock. Anda boleh menggunakan pelembab yang ada elemen sunscreen. Sinaran UV boleh menyebabkan kanser kulit.

8.    Senaman dan tidur yang berkualiti. Bukan hanya untuk rawatan kulit tapi untuk kesihatan anda secara menyeluruh. Tidur yang kurang menyebabkan pembentukan kerut di bawah mata dan kurang sukan boleh menyebabkan kulit kendur. Selain itu, sukan dan tidur juga membantu dalam stres.

9.    Jumpa doktor kulit yang ada untuk nasihat dan info penjagaan kulit sebelum anda meneruskan untuk menggunakan produk perawatan kulit jika tidak pasti.

10.          Jangan stress. Kesan berbahaya dari stress diketahui semua orang. Stress boleh merosakkan kulit. Berehat atau nikmati mandi yang hangat atau hanya mendapatkan tidur yang baik sudah mencukupi.

12 Perkara Punca Kerosakan Otak

                                                                  
1. Mengabaikan pengambilan sarapan pagi
Individu yg sering mengabaikan pengambilan sarapan pagi berisiko besar mengalami kekurangan gula dalam darah. Ini akan menyebabkan bekalan nutrien tidak cukup untuk dihantar ke otak dan akan menyebabkan bahagian tersebut mengalami kemerosotan.

2. Terlalu banyak makan
Menyebabkan berlakunya pengerasan di bahagian arteri otak lalu memperlahankan kuasa mental.

3. Merokok
Menyumbang kepada pengecutan otak dan penyebab kepada penyakit Alzheimer.

4. Pengambilan gula yang tinggi
Pengambilan gula yang berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrien seterusnya akan menyebabkan gangguan kepada perkembangan otak.

5. Pencemaran udara
Otak adalah penerima oksigen terbesar dalam sistem badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Kurang tidur
Mengabaikan kualiti tidur yang sempurna, akan menjejaskan sel otak dan akan mendatangkan risiko tinggi kepada berlakunya kegagalan otak untuk berfungsi.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Berfikiran sempit
Berfikir adalah latihan terbaik untuk merangsang otak. Namun, jika seseorang sering berfikiran sempit, ia boleh menyebabkan berlakunya pengecutan di bahagian otak.

10. Kurang berkomunikasi
Komunikasi intelektual mampu merangsang perkembangan otak. Jika seseorang jarang berkomunikasi, lama kelamaan fungsi otak akan mengalami kemunduran.

11. Kurang membaca
Keupayaan berfikir tidak meluas dan sempit. Keupayaan berbahasa juga mengurang.

12. Mengabaikan Meditasi
Tiada ruang rehat untuk otak dan tubuh akan menjejaskan kemampuan memproses maklumat. Bagi Muslim, membaca al-Quran dan sembahyang adalah meditasi terbaik, jika tidak dibuat dengan gopoh!

Monday, April 25, 2011

10 Rahsia Tingkatkan Kecekapan Minda

                                                                 
Uji Minda Anda. Buat teka silangkata, Sudoku atau apa-apa permainan yang menguji kecekapan otak berfikir.

                                                               
Tak Perlu Makan Pil Supplement. Tak perlu multivitamin. Ini kerana supplement juga mempunyai side effects yang menggangu system otak walaupun banyak kebaikan.

                                                               
Relax. Ambil masa untuk bersiar-siar. Jangan stress kerana ia menyebabkan penghasilan bahan kimia yang menggangu otak terutamanya dibahagian menyimpan memori.

                                                                   
Makan Ikan. Omega 3 yang terkandung dalam ikan baik untuk fungsi otak dan boleh mengubati masalah yang berkaitan seperti stress.

                                                                 
Minum Kopi. Kafein melindungi otak, terutamanya daripada serangan penyakit Alzheimer’s.

                                                                
Tidur Yang Cukup. Semasa tidur, otak akan memproses memori. Ada yang disimpan dan ada yang dibuang. Kalau tak tidur, protein akan terkumpul dihujung saraf otak membuatkan kita susah untuk berfikir.

Jaga Kesihatan Badan. Penyakit kronik seperti diabetes, obesity, dan darah tinggi boleh mengganggu system otak.
                                                                    
                                                                     
Makan Diet Seimbang. Makan berlebihan merosakkan otak. Kalori yang terlalu sikit pula menggangu fungsi otak.

Pastikan Anda Makan Secukupnya. Tenaga yang banyak diperlukan otak untuk berfikir.

Aktifkan Diri Anda. Senaman sememangnya baik untuk kesihatan otak. Sekurangkan-kurangnya buat senaman untuk 30 minit setiap hari. Bukan sahaja otak, jantung dan paru-paru juga turut sama mendapat kebaikan dari bersenam.

Friday, April 22, 2011

Keracunan Plumbum

                                                                   
TERDAPAT banyak logam dan garam galian yang diperlukan oleh tubuh. Ada diantaranya diperlukan dalam kepekatan yang agak tinggi dan ada pula yang diperlukan dalam kepekatan yang kecil sahaja. Seperti yang diketahui umum, tubuh manusia memerlukan beberapa jenis garam galian untuk berfungsi dengan sempurna. Tanpa garam-garam galian tersebut tubuh akan mengalami gangguan kesan fisiologi yang seterusnya boleh memudaratkan keadaan fizikal dan mental seseorang. Di antara garam galian yang banyak terdapat di dalam tubuh ialah kalsium, fosforus, natrium sulfur, kalium, klorida dan magnesium. Selain dari itu terdapat beberapa garam galian yang turut diperlukan oleh tubuh dalam kepekatan yang kecil. Garam galian ini dikenali sebagai elemen surih iaitu terdiri daripada zat besi, zink, selenium, kuprum, kromium, manganese, silikon dan nikel.

Setiap bentuk logam, garam galian dan elemen surih ini mempunyai fungsi yang tertentu. Sebahagiannya saling memerlukan antara satu dengan lain untuk berfungsi secara optima. Secara umumnya, bahan-bahan diperlukan dalam pembentukan struktur dan metabolisme tubuh. Sebagai contoh, kalsium dan fosforus diperlukan dalam kepekatan yang optima untuk tumbesaran dan penjagaan tubuh serta perkembangan tulang yang sempurna. Beberapa elemen lain pula diperlukan untuk membawa impuls-impuls saraf disepanjang serat saraf ke serata bahagian tubuh.

Sebagaimana bahan-bahan lain, kandungan logam yang tinggi serta melebihi paras yang diperlukan oleh tubuh akan menimbulkan masalah dan memudaratkan. Ini akan menimbulkan banyak kesan-kesan toksik. Lebih malang lagi sekiranya kehadiran bahan tersebut tidak dapat dipastikan dengan tepat sehinggalah timbul sesuatu gejala. Antara bahan-bahan atau logam yang sering dikaitkan dengan fenomena sebegini ialah plumbum, sejenis logam berat.

SUMBER DAN CARA PENYEBARAN PLUMBUM 

Masyarakat umu mungkin kurang faham apakah itu plumbum. Ramai juga yang tidak mengetahui apakah bahaya yang mungkin dihadapi sekiranya seseorang itu terdedah kepada plumbum pada kepekatan yang tinggi dan berterusan. Dari segi biologi, plumbum sebenarnya tidak mempunyai sebarang faedah dalam tubuh sekalipun dalam kepekatan yang paling kecil. Sebaliknya plumbum memindahkan atau mengganti logam-logam lain daripada tapak ikatan di sel-sel yang berkenaan dan menyebabkan berbagai kesan biokimia. Apabila plumbum memasuki tubuh sama ada melalui mulut ataupun pernafasan, pigmen plumbum akan terpisah. Seterusnya tubuhakan menyerap pigmen plumbum ini sebagaimana tubuh menerima elemen lain yang telah dikenalpasti kegunaan dan manafaatnya seperti kalsium dan zat besi.

Plumbum sebenarnya adalah satu keluaran hasil bahan semulajadi yang banyak terdapat di dalam kerak bumi. Ia boleh didapati di dalam air, tanah dan tumbuh-tumbuhan. Sumber plumbum yang paling mudah ditemui ialah dari plumbum yang tersebar di dalam tanah dan air. Disebabkan sifat-sifatnya yang pelbagai, plumbum telah dimanafaatkan untuk berbagai kegunaan sama ada untuk keperluan industri ataupun untuk bahan kegunaan seharian. Sebagai bahan kegunaan seharian, kebanyakan kegunaannya tidaklah ditakrifkan merbahaya sekiranya ia digunakan dengan betul dan perlupusannya dikawalselia dengan teliti. Walau bagaimanapun, plumbum boleh memasuki alam sekitar dalam bentuk yang mungkin merbahaya, apabila ia disalahgunakan atau dibuang secara tidak terurus. Sebagai contoh ini boleh berlaku semasa pembakaran bekas-bekas bateri atau bekas cat-cat lama yang mengandungi plumbum. Plumbum di dalam persekitaran juga dapat meningkat dengan banyaknya akibat dari hasil pembakaran minyak petrol berplumbum. Oleh itu kempen "Gunakan minyak petrol tanpa plumbum" merupakan salah satu langkah bijak bagi mengurangkan kandungan plumbum di persekitaran. Beberapa kajian yang dilakukan di Amerika menunjukkan bahawa kandungan plumbum di usara dapat dikurangkan dengan berkesan, melalui penggunaan petrol tanpa plumbum. Walaupun ada banyak faktor lagi yang mempengaruhi kualiti udara di sekeliling kita, ini adalah satu langkah awal ke arah menikmati persekitaran yang lebih nyaman dan menghirup udara yang lebih bersih.

Debu atau habuk plumbum yang terhasil daripada cat-cat yang menggunakan plumbum juga merupakan ancaman kepada alam sekitar. Perkara ini sering menimbulkan masalah terutamanya kepada kanak-kanak khususnya mereka yang berumur antara satu hingga lima tahun. Bahan ini boleh didapati di lantai, tikarm permaidani, perabut, barang-barang mainan dan barangan lain yang mungkin disentuh oleh kanak-kanak tersebut. Ditambah lagi dengan tabiat semulajadi kanak-kanak yang gemar merasa atau membawa sebarang bahan yang disentuh ke mulut, menjadikan golongan ini lebih terdedah kepada bahaya plumbum di rumah. Walau bagaimanapun satu berita yang agak melegakan ialah kebanyakan cat-cat yang digunakan hari ini tidak lagi menggunakan plumbum sebagai bahan asasnya yang utama. Ini tidak pula bermaksud masalah bahaya plumbum boleh diketepikan begitu sahaja.

Orang dewasa didapati lebih terdedah kepada plumbum bergantung kepada jenis atau bentuk pekerjaan yang mereka lakukan. Mereka yang terdedah kepada sumber plumbum dalam persekitaran tempat kerja akan lebih menanggung risiko terhadap keracunan plumbum. Baru-baru ini satu kajian yang dijalankan di ibu kota Kuala Lumpur mendapati beberapa orang pegawai olis trafik mengalami tahap pendedahan kepada plumbum yang tinggi. Perkara yang sama juga dialami oleh beberapa orang polis trafik di bandaraya Bangkok. Fenomena ini dikaitkan dengan plumbum yang dibebaskan oleh asap-asap kenderaan dan kilang-kilang perusahaan.

Plumbum juga boleh didapati daripada kegiatan-kegiatan yang melibatkan pemprosesan barangan tembikar dan seramik. Oleh itu pekerja dalam sektor berkenaan haruslah diawasi agar pendedahan yang mereka alami itu terkawal dan tidak tersebar keluar dari tempat kerja. Satu lagi sumber plumbum ialah daripada tin-tin yang dipateri secara tidak sempurna terutamanya yang mengandungi makanan berasid. Makanan tidak sepatutnya disimpan dalam bekas tin kerana ini akan meningkatkan lagi keterlarutan plumbum ke dalam makanan itu. Pembakaran kertas surat khabar serta perabut kayu yang dicat dengan cat yang mengandungi plumbum turut menyumbang kepada kandungan plumbum di dalam persekitaran. Lebih kurang 5 miligram plumbum ditemui bagi setiap kilogram kertas surat khabar yang dibakar. Plumbum ini datangnya dari dakwat hitam yang digunakan. Maka sebab itulah penggunaan kertas surat khabar sebagai bahan pembungkus tidak digalakkan lagi. Beberapa kes keracunan, berpunca daripada plumbum yang terkandung dalam ubatan tradisional juga pernah dilapurkan. Apabila ubat-ubatan tersebut dihantar untuk dianalisis didapati ia mengandungi plumbum yang tinggi. Antara jenis plumbum yang ditemui ialah plumbum oksida, plumbum sulfat dan plumbum nitrat. Beberapa kejadian lain turut membabitkan kandungan plumbum yang tinggi di dalam bahan-bahan kosmetik. Plumbum juga dilapurkan dapat meresap keluar dari cawan dan mangkuk yang diperbuat daripada seramik.

Antara sumber-sumber plumbum yang terdapat di persekitaran: 
  • tanah tanih yang tercemar dan serpihan-serpihan cat
  • debu-debu yang mengandungi plumbum di dalam air, udara dan makanan
  • air yang dimasak atau disimpan di dalam bekas yang mengandungi plumbum
  • menyimpan makanan, buah-buahan terutama yang berasid dalam bekas berplumbum
  • sesetengah brangan kosmetik
  • ubat-ubat yang tercemar kebanyakannya terdiri dari keluaran bahan-bahan tradisional
  • relau pemprosesan logam dan kemudahan kitar-semula plumbum
  • pembakaran surat khabar, bekas bateri dan kayu serta perabut kayu yang dicat dengan cat yang mengandungi plumbum
  • pensil warna dan warna air apabila dimakan
Senarai ini mungkin hanya merupakan sebahagian dari barangan yang mengandungi plumbum yang terdapat di sekeliling kita. Oleh itu sebarang kemungkinan pendedahan terhadap plumbum secara berterusan mestilah dikenalpasti dan dielakkan. Ini supaya kesan buruk yang mungkin timbul daripadanya dapat dihindarkan

Thursday, April 21, 2011

5 Tips Untuk Kempiskan Perut

Bagaimana nak membuang lemak di bahagian perut?
Ini menjadi topik yang selalu menjadi bualan. Baca tip-tip bawah ini untuk membuang lemak yang tidak dikehendaki dan nampakkan otot di bahagian perut anda.
                                                                   
1) Makan makanan yang betul
Untuk mengempiskan perut kita perlu makan makanan yang seimbang didalam makanan harian kita kerana diet yang betul boleh membuang lemakdi bahagian perut. Makan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, fiber, vitamin dan mineral, “lean protein” , ikan dan the hijau.

                                                                 
2) Tinggalkan makanan ringan atau fast food
Makan makanan ringan dan makanan segera adalah tidak baik untuk kesihatan dan akan membuatkan lemak berkumpul di bahagian perut jika diambil dengan berlebihan. Kita sepatutnya menggelakkan mengambil karbohidrat yang diprocess, gula, makan goreng(”deep fried food” ), makanan segera dan apa jua makanan berlemak.
                                                                     
3) Berhenti makan lewat malam.
Kebanyakkan orang akan terus tidur selepas makan lewat malam. Ini bermakna lebihan gula yang dimakan semasa makan lewat malam akan ditukar kepada lemak kerana badan tidak boleh membakar lemak semasa kita tidur.
                                                                 
4) Kurangkan minum soda, jus atau minuman bergula.
Soda, jus asli atau minuman bergula mengandungi banyak kalori dan akan merosakkan usaha kita untuk mengempiskan perut. Berhenti minum minuman bergula dan banyakkan minum air kosong atau air mineral.
                                                                   
5) Latihan kardio dan berat.
Melakukan senaman kardio adalah amat penting untuk mengempiskan perut kerana senaman ini dapat membakar kalori lebih banyak dari melakukan senaman perut. Contoh senaman kardio seperti jogging, berjalan. Dan menaiki tangga. Diharap dengan tip-tip yang diberi dapat membantu anda dalam usaha anda mendapatkan bentuk badan yang diingini.

Wednesday, April 20, 2011

10 Penyakit Lelaki Yang Paling Popular


                                                                                                       
1. Sakit Jantung
INFO : Digambarkan sebagai rasa sakit yang amat sangat di bahagian dada secara berterusan sehingga setengah jam, menjalar ke arah tangan kiri dan rahang.Pesakit akan mengalami kesukaran bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.Apabila saluran darah pada otot jantung tersumbat, risiko kematian boleh berlaku.
PENYEBAB : Asap rokok, tekanan perasaan,kandungan lemak yang tinggi,kurang bersenam,darah tinggi & kencing manis

                                                     
2. Penyakit sekatan pernafasan kronik (COPD)
INFO: COPD ialah gangguan pernafasan kronik yang secara beransur-ansur menjejaskan fungsi paru-paru dan menghadkan aliran udara.
PENYEBAB: Merokok

                                                      
3. Kencing manis
INFO : Juga dikenali sebagai diabetes mellitus.Ia disebabkan ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin (suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas). Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. la bertanggungjawab untuk proses
glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot.
PENYEBAB : Genetik, obesiti, kerap mengambil makanan atau minuman yang mempunyai kadar gula yang tinggi dan yang mempunyai radang pada pankreas.

                                                         
4. Strok
INFO : Merupakan sejenis penyakit otak yang sering berlaku secara tiba-tiba. Biasanya disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat atau pecah
PENYEBAB : Faktor usia terutamanya melebihi 55 tahun,jantina (lelaki lebih cenderung mendapat strok),diabetes,genetik,darah tinggi,penyakit jantung,kiraan sel darah merah yang tinggi dan merokok.

                                                      
5. Kanser pankreas
INFO : Pankreas adalah kelenjar yang menghasilkan insulin, hormon dan jus-jus penghadam makanan. Kanser pankreas bermula dari lapisan duktus kemudian merebak ke limpa, hati, paru-paru dan peritonium.
PENYEBAB : Faktor pemakanan seperti pengambilan gula dan kopi yang sering dan banyak, diabetes dan merokok.

                                                      
6. Kanser prostat
INFO : Merupakan ketumbuhan sel-sel tidak normal yang berlaku di dalam kelenjar prostat (kelenjar yang mengelilingi uretra dan terletak di bawah pundi kencing lelaki).
PENYEBAB : Kebanyakannya disebabkan oleh hormon lelaki iaitu testosteron.

                                                       
7. Tekanan darah tinggi
INFO : Juga dikenali sebagai hipertensi yang merupakan tekanan yang dihasilkan oleh darah ke atas dinding arteri semasa jantung mengepam darah.
PENYEBAB : Pengambilan makanan yang tinggi,lemak dan garam, merokok, minuman beralkohol kurang bersenam dan tekanan perasaan.

                                                     
8. Batu karang
INFO : Air kencing mengandungi garam galian yang telah hancur Jika garam ini terialu pekat,garam berlebihan bertulkar menjadi keras dan dinamakan batu karang atau Gallstone.
PENYEBAB : Kurang minum air, suka menahan dari membuang air kecil, genetik, faktor umur,kesan sampingan ubat, kurang bersenam, dan tabiat pemakanan yang kurang sihat.

                                                      
9. Obesiti
INFO : Diertikan sebagai jumlah berat badan yang berlebihan akibat kandungan lemak.
PENYEBAB : Genetik, kurang bersenam, tidak mengamalkan pemakanan yang sihat,pengambilan makanan yang berlebihan, penyakit-penyakit metabolisme endokrin can sindrom metabolik

                                                      
10. Gout
INFO : Gout disebabkan oleh peningkatan paras darah beku di dalam arteri, kimia yang dikenali sebagai asid urik di dalam darah yang boleh membentuk hablur atau kristal.
PENYEBAB : Pengambilan makanan yang mengandungi banyak nukleus (daging, ginjal,limpa, jantung), kekacang dan makanan laut (kerang, udang, sotong dan sebagainya), mengalami penyakit kulit yang sentiasa meriggelupas dan kering, menghidap penyakit darah yang berlebihan
(polycythaemia rubra vera, anemia hemolitik dan leukemia), cuaca yang lalu sejuk, pengambilan ubat bagi penyakit tertentu dan kelesuan.

Sunday, April 17, 2011

10 Great Study Habits To Improve Your Performance

                                                                  

It is never too late to develop great study habits. If you're starting a new school year, or you just want to improve your grades and school performance, take a look at this list of good habits and start making some changes in your routine.

The most logical place to write down your assignments is in a planner, but you might prefer to keep a to-do list in a simple notebook or in your cell phone note pad. It doesn't really matter what tool you use, but it is absolutely essential to your success to write down every single assignment, due date, test date, and task.

It sounds simple enough, but many F's come from students forgetting to bring a perfectly good paper to school with them. Does your homework have a home? Is there a special place where you always put your paperwork each night? To avoid forgetting your homework, you must establish a strong homework routine with a special homework station where you work each night. Then you must get in the habit of putting your homework where it belongs right after you finish it, whether this is in a special folder on your desk or in your backpack.

Every successful relationship is built upon clear communication. A student-teacher relationship is no different. Miscommunication is another one of those factors that can cause bad grades, despite good efforts on your part. At the end of the day, make sure you understand every assignment that's expected of you. Imagine getting a bad grade on a 5-page paper because you didn't understand the difference between an expository essay and a personal essay.
Be sure to ask questions and find out what format you should use when you write a paper or what type of questions might appear on your history exam. The more questions you ask, the more prepared you'll be.

Devise your own color-coding system to keep your assignments and your thoughts organized. You may select a single color for each class (like science or history) and use that color for your folder, your highlighters, your sticky notes, and your pens. You'll be surprised to discover how much strong organization skills can change your life!
Color-coding is also a tool to use when conducting research. For example, you should always keep several colors of sticky flags on hand when you're reading a book for school. Assign a specific color the every topic of interest. Place a flag on a page containing information you will need to study or to cite. It works like magic!

Take the time to assess your individual style and your real needs and plan for the perfect study place. After all, if you can’t concentrate, you certainly can’t expect to learn very well. Students are different. Some need a completely quiet room free from interruptions when they study, but others actually study better listening to quiet music in the background or taking several breaks.
Find a place to study that fits your specific personality and learning style. Then stock your study space with school supplies that will help you avoid last-minute emergencies.

You know that it's important to study for test days, right? But there are other things you should consider in addition to the actual material that the test will cover. What if you show up for test day and the room is freezing cold? For many students, this would cause enough of a distraction to interrupt concentration. That leads to bad choices and bad answers. Plan ahead for heat or cold by layering your clothing.
And what happens when you spend so much time on one essay question that you don't have enough time to finish the exam? Another way to prepare for test day is to take a watch and be mindful of time management.

Many students will struggle in a subject without understanding why. Sometimes this is because students don't understand how to study in a way that matches their brain style.
Auditory learners are those who learn best through hearing things. Visual learners retain more information when they use visual aids, and tactile learners benefit by doing hands-on projects.
Every student should examine and evaluate their habits and their natural tendencies and decide how they might be able to improve their study habits by tapping into their personal strengths.

There are a few tricks to taking fabulous notes that really help when it comes to studying. If you’re visual person, you should make as many doodles on your paper as you can. Useful doodles, that is. As soon as you realize that once topic relates to another, comes before another, is the opposite of another, or has any kind of connection to another—draw a picture that makes sense to you. Sometimes the information will not sink in until and unless you see it in an image.
There are also certain code words to look out for in a lecture that can indicate that your teacher is giving you the relevance or the context of an event. Learn to recognize key words and phrases that your teacher deems important.

When you put things off a lot, you end up putting things off until it's too late from time to time. It's that simple. When you procrastinate, you take the chance that nothing will go wrong at the last minute--but in the real world, things do go wrong.
So how can you battle the urge to put things off? Start with trying to recognize that a feisty little voice that lives inside every one of us. It tells us it would be more fun to play a game, eat, or watch TV when we know better. Don’t fall for it!

Some of your personal habits might be affecting your grades. Are you feeling tired, achy, or bored when it comes to homework time? You can change your grades by practicing a few healthy homework habits. Change the way you feel by taking better care of your mind andyour body.

For example, between text messaging, Sony PlayStations, Xbox, Internet surfing, and computer writing, students are using their hand muscles in all new ways, and they're growing increasingly susceptible to the hazards of repetitive stress injury. Find out how to avoid pain in your hands and neck by changing the way you sit at your computer.