Apa itu Demam Denggi?
Demam denggi ialah sejenis penyakit
bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam
beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih berbahaya ialah
demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di
kebanyakan negara hari ini. Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada
manusia melalui gigitannya.
Bagaimanakah penyakit ini merebak?
Demam denggi didapati berlaku di kawasan
bandar dan sekitarnya dalam negara-negara rantau tropika.
Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang
membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi.
Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza
mengikut umur pesakit.
Pemindahan penyakit:
- Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk
Aedes yang membawa virus denggi.
- Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8
- 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).
- Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus
tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui
ovari).
- Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi
walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di
dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang
belum dijangkiti.
- Virus denggi daripada perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat
menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan
meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.
Bagaimanakah
terjadinya demam denggi?
Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes
betina. Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya.
Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah.
Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di
dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.
Apakah penyebab demam denggi?
Penyakit demam denggi berpunca dari 4
jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes yang
telah dijangkiti.
Pada asasnya terdapat 4 jenis virus
denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Kesemua nyamuk Aedes
berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada
manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti.
Vektor lain adalah seperti nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus
denggi di kawasan bandar.
Apakah faktor yang meningkatkan risiko
denggi?
Pada asasnya, mereka yang tinggal di kawasan
endemik denggi dan terdedah kepada nyamuk Aedes menghadapi risiko dijangkiti
demam ini.
Kumpulan yang berisiko tinggi mendapat
penyakit denggi ialah:
- Penduduk dan pelawat kawasan endemik denggi.
- Kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah. Penyakit ini menjadi lebih
teruk dan sering membawa kematian kepada kumpulan ini.
Bagaimanakah
kedudukan penyakit ini?
Kadar insidens demam denggi dan demam
denggi berdarah di Malaysia adalah masing-masing 118.3 dan 5.1 bagi setiap
100,000 penduduk. Manakala kadar kematian atau mortaliti demam denggi dan demam
denggi berdarah pada tahun 1998 adalah masing-masing 0.22 dan 0.23 bagi setiap
100,000 penduduk.
Insidens global demam denggi telah
meningkat dengan mendadak dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Kini demam
denggi merupakan endemik di lebih 100 buah negara rantau Afrika, Amerika,
Mediterranean Timur, Asia Tenggara dan Pasifik Barat Sebelum tahun 1970, hanya
sembilan buah negara mengalami epidemik denggi. Bilangan yang merupakan
peningkatan 4 kali ganda di sekurang-kurangnya 41 buah negara dalam tahun 1995.
Perangkaan yang lain adalah seperti di bawah . Seramai 2500 juta manusia -
iaitu 2/5 penduduk dunia - sekarang ini menghadapi risiko
demam denggi. Tanpa rawatan yang bersesuaian, kadar kematian akibat demam denggi
berdarah mencapai 15% atau lebih.
Apakah
gejala denggi?
Demam
denggi ialah sejenis penyakit arboviral yang kompleks merangkumi demam denggi,
demam denggi berdarah dan sindrom renjatan denggi.
- Demam Denggi
1.
Ciri-ciri klinikal demam denggi
berubah-ubah mengikut umur pesakit:
2.
Bayi dan kanak-kanak mungkin
mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan beserta dengan kemunculan ruam.
3.
Orang dewasa dan kanak-kanak yang
lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom demam yang tidak serius ataupun
demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam dan sakit di belakang
mata, otot dan sendi.
- Demam Denggi Berdarah
1.
Pendarahan kulit adalah fenomena
lazim.
2.
Kadar kematian amat rendah.
3.
Penyakit ini lazimnya bermula dengan
peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti gejala-gejala lain yang tidak
khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam denggi yang tidak
spesifik.
4.
Rasa tidak selesa di bahagian ulu
hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan dan sakit di bahagian
abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah.
5.
Demam selalunya berterusan selama
2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi 40-41oC dan mungkin diikuti
dengan kekejangan dan pendarahan.
6.
Dalam kes-kes yang sederhana teruk,
selalunya semua tanda dan gejala penyakit hilang selepas demam sembuh.
7.
Pesakit biasanya sembuh secara
spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit (ion berasingan
seperti natrium, klorida, potasium, bikarbonat dan lain-lain)
- Sindrom Renjatan Denggi
1.
Bagi kes-kes yang serius, keadaan
pesakit merosot dengan mendadak selepas demam beberapa hari. Tanda-tanda
kegagalan peredaran darah dapat dilihat:
2.
Kulit pesakit menjadi dingin, lebam
dan padat dengan darah terkumpul, sianosis sirkumoral (circumoral cyanosis) dan
pesakit merasa tidak selesa. Seterusnya, melarat ke tahap renjatan yang
kritikal.
3.
Renjatan dicirikan oleh denyutan
nadi yang lemah dan cepat, tekanan darah rendah (hipotensi)(keadaan ini menurun
secara tidak normal), kulit menjadi dingin serta lembap dan terasa tidak
selesa. Pesakit yang mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh
mengancam nyawa jika rawatan bersesuaian tidak diberikan segera. Jangka masa
renjatan adalah pendek.
4.
Pesakit mungkin meninggal dunia
dalam tempoh 12 - 24 jam atau sembuh dengan cepat selepas diberi terapi antirenjatan.
Apakah komplikasi yang mungkin
timbul?
Komplikasi
demam denggi ialah:
- Demam Denggi Berdarah.
- Sindrom Renjatan Denggi.
Apakah ujian-ujian yang boleh
dilakukan untuk mengesan penyakit ini?
- Pemeriksaan darah digunakan
untuk membantu dalam diagnosis demam denggi. Kiraan sel platlet yang
rendah (trombositopenia) dan kepekatan hematokrit (hemokonsentrasi) yang
tinggi lazimnya dikesan.
- Ujian serologi menawarkan
kaedah yang paling cepat dan ringkas untuk mengesahkan diagnosis klinikal
demam denggi. Pengasingan virus merupakan kaedah diagnosis yang paling
boleh dipercayai.
Apakah rawatan yang diberi untuk
demam denggi?
- Tiada rawatan khusus untuk
demam denggi.
- Dalam kes demam denggi dengan
atau tanpa renjatan, cecair yang diberikan secara oral sudah memadai untuk
menggantikan kehilangan cecair badan akibat demam kuat, anoreksia dan
muntah-muntah.
- Ubat antipiretik mungkin boleh
digunakan untuk meredakan demam. Walau bagaimanapun, salisilat (sebatian
yang mengandungi analgesik untuk melegakan kesakitan, antipyresis -
mengurangkan demam dengan menurunkan suhu badan dan aktiviti anti
keradangan seperti aspirin) perlu dielakkan kerana ia diketahui boleh
menyebabkan pendarahan. Pesakit perlu diawasi dengan rapi bagi mengesan
tanda-tanda awal renjatan.
- Untuk pesakit-pesakit sindrom
renjatan denggi, penggantian awal dan segera plasma yang hilang dengan
plasma, penambah plasma dan/atau larutan elektrolit dan cecair akan
menghasilkan kesan yang menggalakkan.
Rawatan bukan farmakologi
Rawatan
termasuk:
- Meningkatkan pengambilan
cecair.
- Meningkatkan bekalan oksigen.
- Pesakit demam denggi
perlu berehat dan minum lebih banyak air untuk segera sembuh. Pesakit yang
mengalami renjatan ketika demam perlu diberi cecair secara intravena
(melalui salur darah vena). Oksigen juga perlu diberikan. Untuk pesakit
demam denggi berdarah, penggantian cecair badan yang hilang mungkin mampu
menyelamatkan nyawanya. Bagi sesetengah kes, pemindahan darah perlu
dilakukan bagi mengawal pendarahan.
Rawatan
farmakologi
Tiada
ubat khusus bagi merawat demam denggi. Rawatan adalah untuk menghilangkan
gejala yang timbul.
Apakah
jenis pemantauan yang perlu dibuat?
Apabila
sahaja pesakit disahkan mendapat demam denggi adalah menjadi tanggungjawab
doktor yang merawat untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan mengenai
perkara ini kerana denggi merupakan penyakit yang perlu dilaporkan. Laporan ini
penting supaya tindakan lanjutan seperti di bawah ini dapat dijalankan:
- Kawasan dan persekitaran di
mana pesakit disyaki dijangkiti perlu dilakukan pengasapan (fogging) oleh
pihak berkuasa.
- Memantau kawasan yang menjadi
tempat pembiakan nyamuk aedes supaya ianya tidak merebak ke tempat lain.
Jika tempat pembiakan ditemui, pemilik rumah akan didenda.
- Apabila pesakit telah keluar
dari hospital, beliau dan ahli keluarganya perlu mengambil langkah-langkah
pencegahan dan bertindak untuk mencegah penyakit ini daripada berulang.
Ini kerana, jika pesakit yang pernah mengalami denggi mendapat semula
penyakit ini, kesannya adalah amat teruk.
Apakah prognosis bagi demam denggi?
Pada
umumnya, prognosis bagi demam denggi dan demam denggi berdarah adalah baik jika
rawatan sokongan diberi lebih awal.
Adakah
terdapat kaedah saringan tertentu atau suntikan untuk denggi?
Malang
sekali, vaksin untuk penyakit denggi masih belum ada. Namun begitu, beberapa
kemajuan telah dicapai dalam proses penghasilan vaksin yang mampu melindungi
manusia dari keempat-empat jenis virus denggi. Produk berkenaan mungkin boleh
didapati di pasaran dalam beberapa tahun lagi.
Bagaimana
cara untuk mencegah denggi?
Berikut
adalah langkah-langkah pencegahan utama:
- Perlindungan daripada gigitan
nyamuk.
- Elakkan diri daripada melawat
atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari. Ini kerana nyamuk Aedes
bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan adalah pada awal
pagi dan awal senja.
- Musnahkan tempat-tempat
pembiakan nyamuk.
- Hapuskan nyamuk Aedes dewasa.
- Lindungi diri anda daripada
gigitan nyamuk
- Untuk mengelak dari gigitan
nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan
menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila
perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ia
boleh melindungi daripada gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada
tingkap untuk mencegah nyamuk daripada memasuki rumah.
Musnahkan
tempat pembiakan nyamuk
Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah:
Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah:
- Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan
tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.
- Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.
- Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga.
Hapuskan nyamuk Aedes dewasa
Anda
boleh menggunakan penyembur serangga bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam
rumah. Melakukan semburan menyeluruh bahagian rumah. Untuk lebih berkesan,
semburan perlulah dilakukan ke seluruh bahagian di dalam rumah. Anda juga boleh
menggunakan ubat nyamuk untuk mengelakkan diri anda dan keluarga dari gigitan
nyamuk.
Adakah
terdapat kaedah saringan tertentu atau suntikan untuk denggi?
Malang sekali, vaksin untuk penyakit
denggi masih belum ada. Namun begitu, beberapa kemajuan telah dicapai dalam
proses penghasilan vaksin yang mampu melindungi manusia daripada keempat-empat
jenis virus denggi. Produk berkenaan mungkin boleh didapati di pasaran dalam
beberapa tahun lagi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.