1-
Oatmeal
Oatmeal atau mil oat kini dianggap sebagai makanan
super kerana kemampuannya dalam menjaga kesihatan pencernaan. Untuk alasan tersebut,
banyak amalan perubatan dan ahli gizi yang mendorong pesakit diabetis mengambil
oatmeal, terutama bagi membantu menjaga kadar gula darah berada pada paras
normal.
Selain kandungan serat yang tinggi, oatmeal
menyediakan magnesium, protein dan fosforus, tiga nutrien yang signifikan
secara langsung mempengaruhi tahap tenaga, menjadikannya sebagai makanan ideal
untuk memerangi keletihan. Oatmeal juga merupakan sumber vitamin B1 (tiamin),
yang berperanan penting dalam menghasilkan tenaga.
2-
Yogurt
Teksturnya yang lembut, membuat yogurt dapat
diproses dengan cepat oleh tubuh menjadi tenaga berbanding makanan padat. Ia
mengandungi probiotik-bakteria baik yang membantu mempertahankan ekosistem usus
agar sentiasa sihat dengan melindungi
daripada pathogen dan membantu tubuh menyingkirkan bacteria berbahaya.
Penelitian terbaru Universiti Toronto menunjukkan
probiotik dapat membantu mengurangkan gejala keletihan kronik dengan
meningkatkan kadar asid amino triptofan pada otak. Triptofan dikenal sebagai
pemangkin serotonin, suatu neurotransmitter yang membantu marangsang tidur dan
mempromosikan perasaan tenang, membantu memerangi keletihan sama ada daripada
segi fizikal dan emosi.
3-
Bayam
Bayam penuh dengan kandungan nutrient penting yang
berfungsi melenyapkan keletihan. Sayuran ini tidak hanya menjadi sumber terbaik
daripada sumber zat besi tetapi juga sangat kaya dengan magnesium dan kalium.
Zat besi memainkan peranan secara langsung dan penting dalam menghindari
keletihan. Kadar zat besi yang rendah dalam tubuh menyebabkan keletihan baik
daripada aspek fizikal dan mental serta anemia.
4-
Kekacang dan biji-bijian
Biji labu, badam, kacang gajus dan kacang hazel
adalah semua sumber magnesium baik yang membantu melawan keletihan otot.
Kandungan triptofan yang banyak ditemui pada biji-bijian, biji bunga matahari,
biji labu, biji gajus, walnut dan badam berfungsi melawan keletihan emosi yang
secara langsung membantu meringankan keletihan fizikal.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.