Kanser payudara berpunca daripada sel-sel dalam tisu
payudara yang berkembang dalam keadaan yang tidak terkawal yang kemudiannya
bertukar struktur dan merebak serta menjangkiti tisu dan bahagian lain yang
berdekatan.
Jika tidak dikesan dan dirawat secepat mungkin, kanser payudara
boleh
merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan
hati.
Penyebab kanser payudara tidak diketahui. Setiap
wanita berusia 20 tahun ke atas berisiko menghidap kanser payudara, walau
bagaimanapun lebih kurang lima peratus turut berlaku dalam kalangan lelaki.
Antara penyumbangnya kerana usia yang meningkat, mempunyai ahli keluarga yang
menghidap kanser payudara, telah mendapat kanser pada satu payudara, faktor
keturunan sperti pembawa BRAC1, BRAC2 dan BRAC3, datang haid awal (sebelum umur
12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur melebihi 50 tahun). Tidak pernah
melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur 30 tahun, mengambil
makanan yang mengandungi banyak lemak atau kolestrol dan sebagainya lagi.
Tanda Amaran Kanser
Jika anda mengesan
sebarang tanda seperti yang dinyatakan di bawah, sila terus merujuk doktor.
Jangan takut, tidak semua ketumbuhan di payu dara adalah kanser. Contohnya:
‘Fibroadenoma’. Antara tanda-tanda amaran kanser payu dara adalah seperti:
·
Ketulan
yang tidak sakit di payudara atau ketiak.
·
Ruam
yang berterusan di sekeliling puting.
·
Pendarahan
atau lelehan luar biasa dari putting.
·
Perubahan
pada kulit; bengkak dan menebal, berlubang, permukaan kulit yang berkedut.
·
Puting
tertarik ke dalam.
Untuk mengesan
perubahan yang berlaku kepada payu dara anda sama ada berisiko atau tidak
kepada penyakit kanser, ia boleh diperiksa oleh anda sendiri melalui
pemeriksaan berkala. Pemeriksaan berkala merangkumi lima langkah iaitu:
·
Berdiri
di hadapan cermin dan lihat sebarang perubahan pada payu dara.
·
Rasa
sebarang perubahan secara berbaring.
·
Periksa
puting untuk sebarang pendarahan atau lelehan.
·
Rasa
ketulan di bawah ketiak.
·
Ulangi
setiap langkah di atas untuk payu dara sebelah lagi.
Rawatan kanser payu
dara yang diberi bergantung kepada jenis dan tahap kronik kanser, Sekiranya
anda di diagnosakan menghidap kanser payu dara, anda perlu mendapatkan khidmat
kaunseling terlebih dahulu sebelum rawatan dimulakan, Ia dapat membantu pemulihan
dari segi fizikal dan mental pesakit.
Berikut pilihan
rawatan yang dibuat seperti pembedahan tanpa membuang payu dara (Breast Conservation Surgery),
pembuangan payu dara (Mastectomy) dan pembentukan semula payu dara (Breast
Reconstruction). Terdapat juga rawatan kemoterapi, radioterapi dan terapi
hormon.
Sentiasa bersenam,
kekalkan berat badan unggul dan sekiranya keluarga terdekat anda ada kanser
payu dara, lakukan ujian ‘mammogram’ awal.
Alternatif Mengurangkan Risiko
Namun langkah
pencegahan merupakan rahsia utama untuk membendung penyakit ini dengan
memulakan pemeriksaan sendiri secara berkala, makan makanan kurang berlemak
khususnya lemak haiwan, lebihkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan
serat.
Kajian oleh Dr.
Masakazu Toi dari Universiti Tokyo menyatakan pengambilan minuman mengandungi
Lactobacillus casei Shirota (LcS) secara harian sejak umur belasan tahun dapat
mengurangkan risiko kanser payudara di kalangan wanita.
Para penyelidik ini
telah mengkaji kaitan antara pengambilan minuman mengandungi bakteria strain
Shirota, iaitu minuman susu kultur jenama Yakult dan juga makanan berasaskan
soya yang mengandungi isoflavon soya dengan kekerapan berlakunya kanser payu
dara. Kajian sebelum ini telah pun
menunjukkan bahawa isoflavon soya, komponen yang terkandung dalam soya
mempunyai fungsi melindungi daripada kejadian kanser payu dara.
Sumber: Fokus SPM, Bil. 124, November 2011.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.