Apa itu penyakit kusta?
Kusta atau Hansen’s Disease ialah penyakit berjangkit
yang menyerang kulit, urat saraf dan juga tulang.
Ia boleh menyerang semua kaum dan semua peringkat
umur.
Apakah penyebab penyakit kusta?
Kusta disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai
“Mycobacterium Leprae”.
Tanda jangkitan seperti tompok-tompok atau lesi-lesi
pada kulit mungkin muncul 7 hingga 40tahun selepas dijangkiti bakteria
“Mycobacterium Leprae”.
Apakah tanda-tanda kusta?
1. Jenis Paucibaciliary-(beban jangkitan bakteria yang
rendah)
Terdapat beberapa (tidak melebihi 5) tompok kemerahan
atau putih yang kurang deria rasa dan tidak berpeluh.
2. Jenis Multibacialiary- (beban jangkitan bakteria
yang tinggi)
Terdapat tompk-tompok putih-kemerahan kelihatan lebih
banyak(melebihi 5) tompok dan merebak di seluruh badan dan lama kelamaan
menyebabkan kekurangan atau hilang deria rasa dan berasa kebas.
Jangkitan kulit ini lama kelamaan akan menyebabkan
penebalan cuping telinga dan kulit muka serta keguguran bulu kening.
Apabila urat-urat saraf mula terlibat, pesakit akan
mengalami kekurangan atau kehilangan deria, berasa kebas atau lemah di anggota
tangan atau kaki yang akhirnya menyebabkan kecatatan seperti ‘claw hand’, foot
drop’ dan pesakit tidak dapat menutup mata dengan rapat.
Bagaimana kusta didiagnosa?
Penyakit kusta didiagnosa berdasarkan kepada:
1. Terdapat tompok-tompok kulit.
2. Melakukan calitan torehan kulit (slit skin smear)
Torehan kecil dibuat di enam tempat iaitu di cuping
telinga, lengan, peha atau di kawasan tompok tersebut. Calitan (smear) cecair
pada kulit diperiksa di bawah mikroskop untuk kehadiran bakteria.
Bagaimana mencegah komplikasi penyakit kusta?
Pesakit yang mengalami kehilangan deria rasa di
tangan, kaki dan mata adalah terdedah kepada kecederaan kerana mereka tidak
dapat merasa kesakitan. Pemeriksaan sendiri terhadap tangan dan kaki mesti
dilakukan oleh setiap pesakit dan sebarang luka mestilah dirawat lebih awal.
Kecederaan kaki dapat dicegah dengan memakai kasut yang bertutup pada setiap
masa dan mesti diperiksa setiap hari bagi membuang sebarang batu, pasir atau
benda-benda yang boleh menyebabkan kecederaan.
Bagaimana mengelak jangkitan kepada orang lain?
Anggota keluarga dan sesiapa yang mempunyai hubungan
rapat dengan pesakit hendaklah menjalani pemeriksaan bagi mengesan sebarang
penyakit kulit agar kusta dapat dikesan lebh awal. Ini dapat mengawal penyakit
ini daripada terus merebak. Rawatan awal dapat kurangkan atau mencegah
komplikasi dan kecatatan.
Diagnosa awal dan rawatan yang sempurana adalah cara
terbaik mengawal penularan penyakit ini.
Pesakit kusta dinasihatkan sentiasa membawa nota kecil
berkaitan penyakit dan status rawatannya untuk ditunjukkan kepada mana-mana
doctor sekiranya dia berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain.
Bagaimana kusta dirawat?
Rawatan diberi kepada pesakit mengikut jenis kusta
yang dijangkiti:
JENIS KUSTA
|
PAUCIBACILLARY
|
MULTIBACILLARY
|
RAWATAN
|
Rawatan
bulanan:
·
Rifampicin 600 mg.
Rawatan
harian:
·
Dapsone 100 mg.
|
Rawatan
bulanan:
·
Rifampicin 600 mg
·
Clofazimine 300 mg
Rawatan
bulanan:
·
Clofazimine 50 mg
·
Dapsone 100mg
|
TEMPOH
RAWATAN
|
6
Bulan.
Tempoh
rawatan maksima:
6
dos dalam 9 bulan.
|
1
Tahun (jika *BI < 4)
2
Tahun (jika BI > atau sama 4)
Tempoh
rawatan maksima:
·
12 dos dalam 18 bulan, (jika BI < 4)
·
24 dos dalam 36 bulan, (jika BI > atau sama 4)
|
SURVELAN
|
5
Tahun
(Survelan
Klinikal)
|
15
Tahun
·
Calitan torehan kulit bagi 5 tahun pertam, dan
·
Diikuti dengan survelan klinikal selama 10 tahun.
|
Nota: * Bacteriological Index (BI)- ukuran kepadatan
bakteria dalam calitan.
Adalah penting bagi pesakit menamatkan keseluruhan
regim rawatan mengikut jadual yang ditetapkan. Sekiranya pesakit ada tercicir
rawatan, kebiasaannnya rawatan perlu dimulakan dari awal.
Jika mengalami sebarang reaksi terhadap ubat, segera
rujuk kepada Pakar Kulit (Dermatologist).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.