Saturday, March 24, 2012

Panduan Mengecilkan Lengan



                                                     Lengan yang besar.

Semua orang mahukan lengan yang kurus, tetapi ia seakan-akan susah dicapai apabila meningkatnya usia bagi sesetengah orang. Di bawah ini akan dikongsi tip yang anda perlu ambil perhatian untuk mendapatkan lengan yang kurus dan cantik. Pergi ke gim setiap hari bukanlah tiket untuk kelihatan cantik dan hebat. Ia bergantung kepada aktiviti harian sama ada anda mengamalkan rutin harian yang sihat atau tidak tanpa mengira tempat tertentu. Anda perlu bersabar kerana kadangkala ia boleh menunjukkan hasil yang pantas, dan kadangkala sebaliknya.

                                                                 

Angkat Berat
Jika anda mahukan lengan yang kurus, anda perlu mengamalkan latihan angkat berat ini sebaik-baiknya tiga kali seminggu. Selain di gim, anda juga boleh melakukannya di rumah. Anda boleh membeli dumbbell di mana-mana kedai peralatan senaman yang berdekatan. Selain itu, anda boleh mencuba alternative lain seperti mengangkat tin atau botol berisi air di rumah. Cuba lakukan seberapa banyak set yang anda mampu.

                                                                 

Makanan
Anda perlu bijak menggabungkan kumpulan makanan supaya dapat membantu anda untuk mendapatkan badan yang langsing dan lengan yang kurus. Makanan yang anda perlu utamakan ialah sayur-sayuran,  buah-buahan, daging, kekacang dan bijirin, makanan yang rendah karbohidrat dan makanan berasaskan tenusu. Jika anda makan makanan daripada kumpulan ini, anda akan mendapat hasi keputusan yang lebih baik dan lebih cepat daripada jika anda mengamalkan diet tradisional seperti berlapar setiap hari.

                                                                 

Minum Banyak Air
Air adalah medium yang paling penting untuk mengeluarkan toksin dalam badan. Tetapi, anda perlu berhati-hati kerana minum air secara berlebihan juga boleh member kesan buruk kepada anda. Oleh itu secara optimumnya, minum air sebanyak lapan gelas sehari adalah lebih baik.

                                                                

Aerobik
Aerobik adalah cara yang paling baik untuk menggerakkan keseluruhan tubuh badan anda. Lengan yang kurus juga boleh dicapai dengan latihan ‘windmill’ atau kincir angin. Angkat kedua belah tangan anda seperti kedudukan kincir angin dan tangan kanan cuba mencapai hadapan kaki kiri dan bangun semula serta ulang pergerakan dengan menggunakan tangan kiri untuk mencapai lantai hadapan kaki kanan anda seperti gambar rajah di bawah.

                                                                

Boxing
Boxing merupakan salah satu cara yang popular di kalangan mereka yang menjalani  kehidupan sihat untuk mendapatkan lengan yang kurus dan cantik. Melakukan boxing dengan menumbukkan ‘punching bag’ ini akan membantu koordinasi dan keseimbangan badan anda serta boleh membentuk lengan yang cantik.

                                                                

Push-up
Push-up dapat membantu mandapatkan lengan yang kurus kerana ia boleh membentuk lengan anda dan mengurangkan tisu-tisu lemak di bawah lengan anda. Dengan menjadikan push-up sebagai salah satu rutin harian yang anda perlu lakukan, anda akan memperoleh lengan yang cantik dan kurus seperti mana yang anda inginkan.

Sumber: iSihat, Sept. 2011, Bil: 46.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.