Tuesday, March 13, 2012

Andropos: Norma Lelaki Berusia



                                                                  

Definisi Andropos.
Andropos juga dikenali sebagai ADAM (Penurunan hormone androgen dalam kalangan lelaki berusia). 
Ia adalah fenomena yang hampir sama dengan menopos kecuali:
  • Ia berlaku secara perlahan-lahan.
  • Tiada tanda-tanda yang jelas seperti putus haid dalam menopos serta penurunan hormone testosteron (seperti hormone estrogen dalam wanita)
Apakah itu hormone testosteron?
  • Testosteron dihasilkan oleh sel-sel Leydic di testis.
  • Ia menentukan bentuk organ jantina lelaki, pembentukan bulu badan dan corak kebotakan lelaki.
  • Testosteron adalah perlu untuk nafsu keinginan seksual, ketegangan zakar dan pancutan sperma.
Kekerapan andropos untuk berlaku. 
Andropos agak kerap berlaku. Kejadian dalam kalangan lelaki dianggarkan:
  • 2%-5% semasa berumur 40 – 49.
  • 6% - 30% semasa berumur 50 – 59.
  • 20% - 45% semasa berumur 60 – 69.
  • 34% - 70% semasa berumur 70 – 79.
  • 91% apabila berumur 80 ke atas.
Bagaimana cara untuk mengesan andropos? 
Andropos menghasilkan pelbagai perubahan pada tubuh lelaki termasuk:
  • Masalah ketegangan zakar.
  • Nafsu seks rendah.
  • Perubahan perasaan menjadi letih, cepat meradang, sedih dan pemarah
  • Masalah tidur
  • Bulu-bulu tubuh berkurang
  • Saiz dan kekuatan otot berkurang
  • Peningkatan lemak tubuh
  • Hilang daya ingatan
  • Osteoporosis (Tulang rapuh dan nipis)
  • Daya tumpuan yang lemah
Tidak semua lelaki mengalami tanda-tanda dan keterukan yang sama, dan sesetengahnya tidak mempunyai tanda-tanda langsung.

Apakah ujian-ujian yang boleh dilakukan jika saya ingin mengetahui status saya?
Ujian hormone tetosteron boleh dilakukan di hospital. Jika paras hormone kurang 200ng/dL lelaki dianggap mempunyai testosteron yang rendah. Jika parasnya melebihi 600ng/Dl, tiada kekurangan hormone testosteron bolehlah dipastikan.

Apakah terapi gantian bagi  merawat kekurangan hormon tetosteron?
Andropos boleh dirawat dengan hormone testosterone dalam bentuk:
  • Pil.
  • Suntikan.
  • Pellet jangka-tindak panjang dan pengeluaran ubat secara perlahan.
  • Tampalan.
  • Gel.
Apabila dimulakan, ia perlu diambil seumur hidup.

Apakah penilaian yang perlu dijalankan sebelum memulakan terapi gantian hormon? 
Penilaian yang perlu dilakukan sebelum memulakan terapi gantian hormon:
  • Pemeriksaan asas urology.
  • Ujian darah menguji antigen spesifik untuk Prostate (PSA).
  • Ujian lemak.
  • Ujian fungsi hati.
  • Ujian analisa sel-sel darah/kepekatan darah.
Testosteron merangsang pembesaran kelenjar prostat serta mampu membesarkan kanser prostat yang telah sedia ada. Oleh itu ujian PSA perlu dilakukan sebelum memulakan terapi gantian hormon dan 6 bulan selepas itu.

Apakah kesan-kesan sampingan terapi gantian hormon?
Lelaki yang mempunyai kanser payudara dan kanser prostate tidak sesuai untuk terapi gantian hormon kerana testosterone akan menyebabkan kanser.kanser ini membesar dengan cepat. Kesan-kesan sampingan lain:
  • Bengkak kaki, menerukkan tekanan darah tinggi.
  • Masalah hati.
  • Masalah kesuburan- pengeluaran sperma berkurangan.
  • Masalah tidur seperti pernafasan yang berhenti untuk jangka masa yang lama semasa tidur
  • Pembesaran payudara.
  • Peningkatan kepekatan sel darah merah.
  • Saiz prostat semakin membesar.
Bagaimanakah keberkesanan terapi gantian hormon? 
Terapi gantian hormone testosterone boleh memperbaik tisu tulang, tisu otot, kekuatan dan ketegangan zakar pada waktu malam . Tetapi kesan ke atas fungsi seksual dan perasaan masih tidak jelas dan mungkin berguna untuk sesetengah lelaki.

Apakah yang akan dilakukan oleh doktor semasa saya menjalani rawatan susulan?
Anda perlu mengikuti rawatan susulan supaya doktor dapat memantau:
  • Dos tetosteron.
  • Kesan sampingan.
  • Ujian darah berkala.

Di manakah khidmat bantuan boleh didapati?
Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda andropos, anda boleh berjumpa anggota kesihatan professional di klinik kesihatan, klinik LPPKN atau klinik Persatuan Perancang Keluarga untuk khidmat nasihat dan pemeriksaan. Anda mungkin akan dirujuk ke klinik Urologi jika memerlukan terapi gantian hormon.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.