Saturday, February 12, 2011

Warna Kuku Menunjukkan Masalah Kesihatan


Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa kuku pada jari boleh menunjukkan tahap kesihatan seseorang. Kelainan atau perubahan dalam warna tekstur kuku mungkin menjadi tanda penyakit dari anemia hingga penyakit jantung. Dr Philip Fleckman, dermatologi dari Universiti Washington menggunakan kuku pesakitnya untuk melihat tahap kesihatannya. Caranya adalah dengan memerhatikan warna kuku.
Daripada Google Image 
·         Kuku berwarna merah jambu - merupakan suatu petanda kuku sihat.
·         Kuku yang berwarna keputih-putihan atau pucat - merupakan tanda kekurangan zat besi dan berkemungkinan mempunyai penyakit kronik.
·         Kuku berwarna gelap di bahagian luar menandakan adanya risiko penyakit ginjal.
·         Kuku warna kebiru-biruan atau 'cyanosis' - menunjukkan bahawa hemoglobin yang membawa oksigen di dalam darah mengalami kekurangan oksigen.
·         Kuku yang berwarna kuning - biasanya merupakan reaksi terhadap bahan-bahan kimia atau asap rokok. Sindrom kuku berwarna kuning dapat dipastikan dengan pertumbuhan kuku yang tebal dan lambat selain adanya gejala batuk dan sinus. Ia menunjukkan penyakit paru-paru.
Bagaimanapun tidak semua perubahan warna kuku menunjukkan penyakit. Beberapa kuku yang berwarna keputih-putihan dan tebal merupakan kuku normal, berkaitan dengan usia. Garis vertikal dan bintik kecil putih juga adalah sesuatu yang normal. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Post a Comment