Monday, March 7, 2011

Kanser Otak

                                                     
Definisi

Ketumbuhan Otak adalah ketumbuhan yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak. Penyakit ini tidak mengira usia kanak-kanak tersebut. Pada masa ini, lebih daripada separuh kanak-kanak yang telah didiagnosakan ketumbuhan di otak telah sembuh daripada penyakit ini. Walau bagaimanapun rawatan ketumbuhan di otak adalah sangat rumit disebabkan oleh lokasi ketumbuhan tersebut. Kebanyakan kanak-kanak yang menjalani rawatan ini mengalami masalah jangka panjang seperti perubahan kepada fungsi motor dan intelektual. Dengan ini, kanak-kanak tersebut memerlukan penilaian dan penjagaan yang rapi secara berterusan bagi membantu kanak-kanak ini pergi ke sekolah dan meneruskan kehidupan hariannya dengan sebaik mungkin.

Anatomi otak

Sistem saraf (central nervous system) terdiri daripada otak dan saraf tunjang. Kedua-duanyamengawal ke semua fungsi-fungsi badan.Terdapat 3 lapisan/selaput membran yang dipanggil meninges di antara otak dan tengkorakyang mana membaluti sepenuhnya otak dan tengkorak. Terdapat cecair yang dipanggil cecair cerebrospinal (CSF) di antara dua lapisan ini dan juga sebagai pelapik kepada otak (cushion of the brain). Cecair ini dihasilkan di dalam rongga kecil yang dinamakan 'ventricle'. Otak disambungkan kepada muka melalui 12 saraf 'cranial'/kranial yang khusus, yang mana mengawal mata, muka dan pergerakan lidah. Seperti juga dengan organ-organ lain, otak dihasilkan daripada sel-sel. Terdapat 40 billion sel-sel saraf dipanggil neuron' di dalam otak. Sel-sel ini saling berhubung antara satu sama lain dan juga dengan lain-lain bahagian di dalam tubuh badan dengan menghantar pesanan atau impulsesaraf melalui sistem perjalanan saraf dan jaringan saraf (nerve pathway or network). Otak terdiri daripada :-

1. Cerebrum - adalah bahagian besar di otak. Mengandungi 2 hemisfera. Hemisfera sebelah kanan mengawal pergerakan di sebelah kiri badan, begitu juga sebaliknya. Cerebrum ini fungsi besarnya adalah mengawal pemikiran, ingatan, pertuturan,pendengaran dan penglihatan.

2. Cerebellum - Ianya terletak di bahagian belakang otak, berfungsi dalam pengimbangan dan koordinasi badan.

3. Brain Stem' - Mengawal fungsi-fungsi asas yang diperlukan untuk mengekalkan kehidupan termasuk pernafasan, denyutan jantung dan tekanan darah

Sebab-sebab ketumbuhan otak 

Penyebab ketumbuhan otak tidak diketahui. Kanak-kanak yang mewarisi sindrom genetik yang jarang berlaku seperti (neurofibromatosis, penyakit Hippel-Lindau, sindrom Li-Fraumeni) berkemungkinan besar boleh mendapat ketumbuhan di bahagian sistem saraf. Kanak-kanak yang telah menerima rawatan radiasi di kepala sebagai rawatan kepada lain-lain penyakit yang malignan adalah berisiko tinggi untuk mendapat ketumbuhan otak

Klasifikasi Ketumbuhan Otak

Ketumbuhan Otak Primer boleh terjadi daripada sel-sel yang berlainan yang terdapat di otak.Ketumbuhan ini boleh jadi benign(bukan kanser) ataupun 'malignan' (kanser)Kebanyakan ketumbuhan otak primer adalah benign, di mana ketumbuhan ini akan berada didalam otak dan tidak merebak ke bahagian-bahagian lain di dalam badan, rawatan yang diperlukan hanyalah membuang ketumbuhan keseluruhannya.Ketumbuhan otak yang malignan adalah ketumbuhan yang boleh merebak dan menyerang lain-lain bahagian badan. Walaupun ketumbuhan ini telah dibuang secara pembedahan, tetapi sel-sel barah ini akan tumbuh dan menyerang bahagian badan secara berterusan. Klasifikasi di antara ketumbuhan benign dan malignan kadang kala boleh disalah tafsirkan. Adakalanya ketumbuhan yang benign boleh menyebabkan kematian sekiranya ketumbuhan ini menekan organ-organ yang penting, ketumbuhan yang tidak dapat dibuang, akan terus merebak. Semua ketumbuhan di sistem saraf adalah berbahaya.

Gejala-gejala Ketumbuhan Otak

Gejala-gejala ketumbuhan berlainan bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan tersebut.Ketumbuhan ini menyebabkan aliran cecair cerebrospinal tersekat dan menyebabkan cecair ini berkumpul di dalam ventricle. Ini dipanggil hydrocephalus.Tekanan yang tinggi di dalam otak boleh menyebabkan gejala seperti :-


1. Sakit kepala


2. Mual dan muntah


3. Resah gelisah


4. Kurang tahap kesedaran


5. Perubahan personaliti


6. Fungsi jantung dan pernafasan berkurang yang boleh menyebabkan seseorang tidak sedarkan diri jika tidak dirawat.


7. Di kalangan bayi, tekanan yang tinggi kepada otak boleh menyebabkan bahagian lembut di kepala akan membengkak dan menyebabkan saiz kepala akan menjadi lebih besar.

8. Ketumbuhan yang berlaku di dalam cerebellum akan menyebabkan lemah dan ketidakseimbangan semasa berjalan.

Lain-lain gejala boleh di dapati bergantung kepada lokasi ketumbuhan tersebut. Di antaranya:


1. Sawan


2. Juling, penglihatan yang kabur 


3. Saraf yang lumpuh di bahagian otot muka atau separuh badan


4. Hilang ingatan jangka pendek


5. Pertuturan kurang jelas


6. Gangguan fungsi usus dan pundi kencing, sakit belakang yang dialami adalahmelibatkan saraf tunjang

Gejala-gejala yang terdapat dalam ketumbuhan otak ini boleh menyerupai lain-lain keadaan atau lain-lain masalah perubatan. Jika terdapat gejala-gejala ini hendaklah dapatkan khidmat nasihat daripada doktor. 

Jenis-jenis Ketumbuhan Otak

Terdapat banyak jenis ketumbuhan otak. Hanya 2 jenis ketumbuhan otak yang sering menyerang kanak-kanak iaitu medulloblastoma dan glicoma.


Rawatan

Rawatan ketumbuhan otak ini melibatkan pendekatan pelbagai disiplin. Kepelbagaian rawatan seperti pembedahan radioterapi dan kemoterapi, boleh juga dilakukan secara rawatan kombinasi/bersama.Dalam kebanyakan kes, pakar bedah neurologi akan membuang sebanyak mungkin ketumbuhan tersebut. Tisu-tisu ini akan diuji oleh pakar patologi untuk menentukan jenis ketumbuhan yang sebenar. Kadangkalanya saluran getah yang halus dimasukkan untuk mengalirkan cecair saraf tunjang yang berlebihan daripada otak ke dalam lapisan abdomen. Keadaan ini akan menghentikan tekanan intrakranial yang meningkat dan juga mengurangkan gejala-gejala.Sekiranya ketumbuhan ini tidak dapat dibuang, disebabkan oleh terletak di lokasi yang berbahaya seperti di brain stem, atau pembedahan pembuangan ketumbuhan yang tidak dilakukan sepenuhnya, atau sel-sel kanser tidak dibuang, rawatan radioterapi akan diberikan selepas pembedahan dilakukan. Rawatan kemoterapi ubat anti kanser digunakan untuk memusnahkan sel-sel kanser secara rutin bagi rawatan medulloblastoma dan sekarang digunakan secara meluas bagi merawat lain-lain jenis ketumbuhan otak.

Apakah kesan jangka panjang terhadap kanak-kanak yang menghidapi Ketumbuhan Otak?

Kesan terhadap pesakit bergantung kepada :


1. Jenis ketumbuhan 


2. Keterukan penyakit 


3. Saiz dan lokasi di mana ketumbuhan berlaku 


4. Ada atau tidak perebakan penyakit 


5. Tindak balas penyakit terhadap rawatan 


6. Umur dan taraf kesihatan kanak-kanak tersebut 


7. Keupayaan kanak-kanak ini menerima rawatan ubatan yang khusus, prosedur yang dijalankan dan terapi yang diberi.


Sebagaimana dengan lain-lain jenis kanser, kesan jangka panjang terhadap jangka hayat individu adalah berbeza antara satu sama lain. Perawatan perubatan yang tepat dan terapi yang agresif adalah penting bagi menentukan kesan jangka panjang penyakit ini. 

Apakah penjagaan lanjutan jangka panjang yang diperlukan?

Tujuan utama perawatan ini adalah untuk memaksimumkan rawatan jangka panjang terhadap kanak-kanak tersebut. Ini dapat dicapai melalui pemantauan dari berbagai-bagai disiplin dan intervensi dalam berbagai-bagai bidang termasuk :-


1. Fungsi intelek 


2. Penilaian fungsi endokrin dan rawatan 


3. Penilaian fungsi neurologi 


4. Penjagaan psychososial 


5. Pendengaran, penglihatan 


6. Fungsi motor 

Kanak-kanak yang telah mendapat rawatan daripada ketumbuhan otak selalunya menghadapi perubahan dalam fungsi intelek dan fungsi motor yang mana boleh memberi kesan kepada pendengaran pembelajaran mereka. Dengan itu adalah mustahak diadakan program khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ini yang mana boleh memberikan berbagai-bagai perkhidmatan secara individu supaya kanak-kanak ini dapat pergi ke sekolah dan potensi yang tinggi untuk mendapatkan pengalaman pembelajaran yang berjaya adalah penting.

Sumber: http://www.scribd.com/doc/46596017/kanser-otak 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.