1. Epidemiologi:
Kanser jenis yang kedua yang paling banyak dijangkiti oleh kaum lelaki. Di Amerika Syarikat, orang berketurunan Afrika menghidap 25% dari seluruh barah prostat di sana manakala di Asia pula hanya di antara 3-5%. Penduduk di California dijangkit kanser ini 100 kali lebih banyak daripada penduduk Cina di Shanghai. Oleh sebab itu, ada unsur-unsur genetik dan suasana kemastautinan yang perlu diselidik. Kes-kes kanser ini sedang menurun, 180 000 kes dalam setahun, akan tetapi tahapnya dua kali ganda 10 tahun yang lepas. Terdapat 40 000 kematian setahun. Kanser prostat mengambil jangka masa yang agak lama untuk merebak, oleh sebab itu, kanser ini digelar penyakit orang tua. Isi padu ketumbuhan ini berlipat ganda setiap 4 tahun.
2. Ketumbuhan kanser prostat:
Kanser ini merebak daripada kelenjar; daripada beberapa punca di dalam kelenjar, ianya bermula di dalam lapisan lemak prostat. Daripada situ, sel kanser merebak ke pundi kencing, saliran kelenjar seminal dan kelenjar limfa berdekatan. 90% daripada sel kanser ini merebak ke tulang.
3. Simptom:
- Kerap kencing dan arus kencing yang perlahan, selalunya pada waktu malam. Kencing tak puas, darah atau sperma dalam air kencing adalah sebahagian daripada simptomnya.
- Jika terdapat sakit-sakit tulang, pinggul atau tulang belakang, kemungkinan kanser telah melarat.
4. Diagnosa:
4. Diagnosa:
- Pemeriksaan rektum dengan menggunakan jari oleh doktor pakar ; - Petanda tumor iaitu PSA, had maksima yang boleh dicapai ialah 4.0ng/ml. Jika dari lingkungan 4.0 ke 10 ng/ml, bengkak prostat biasa boleh disyaki. Akan tetapi untuk membezakan kanser prostat daripada bengkak prostat biasa, menghitung FPSA( Free PSA) dan nisbah FPSA/PSA boleh membantu, untuk kajian yang normal nisbah ini mesti lebih tinggi dari 0.25. Jika nisbah ini rendah, kebarangkalian risiko kanser adalah tinggi. - Menggunakan kaedah scan melalui dubur dan cebisan biopsi untuk mengenal pasti kedudukan dan saiz tumor. Oleh sebab mengambil biopsi ada risikonya, ianya boleh dielakkan dengan mengambil hitungan FPSA.
5. Rawatan:
Ianya bergantung kepada tahap tumor. Dalam kes-kes yang biasa, ulangan dengan pakar sudah memadai, tetapi memerlukan rawatan perubatan seperti:
- Pembedahan : mengeluarkan keseluruhan atau sebahagian prostat; - Pancaran radiasi : Perkembangan yang pesat dalam mesin dan cara-cara perubatan;
- Hormon terapi: Khasnya digunakan untuk mengurangkan tahap hormon testosteron, boleh mengakibatkan impotensi dan badan rasa panas ;
- Kemoterapi jarang digunakan.
6. Rawatan susulan:
- Pemeriksaan klinikal;
- Ultrasound;
- Scan dan kajian PSA dan FPSA. Selepas pembedahan prostat, tahap PSA akan menurun ke sifar. Jikalau ada peningkatan tahap PSA ini menunjukan kewujudan kembali kanser prostat.
7) Pencegahan:
Hal in demikian bergantung atas keperihatinan diri sendiri dan keraplah berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan prostat melalui rektum dan kajian darah untuk PSA/FPSA.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.