Wednesday, March 16, 2011

Kemurungan

                     
                                                                 
Kemurungan atau depression adalah gangguan kepada perasaan seseorang. Gangguan perasaan ini boleh menjadi teruk dan tegar dan biasanya tidak dapat diatasi hanya dengan dihiburkan oleh keluarga. Kemurungan juga tidak dapat dihapuskan dengan hanya ada semangat. Ia memerlukan rawatan yang rapi dan intensif bagi menghapuskan simptom-simptomnya. Kemurungan boleh berlangsung lama sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Jenis-jenis kemurungan
Reaktif
§  paling biasa terjadi
§  disebabkan oleh trauma dan pulih dengan segera
Endogenous
§  tidak dapat membiasakan diri dengan kehidupan seharian
§  faktor tidak jelas dan mungkin disebabkan oleh genetik
Penyakit bipolar (bipolar disorder)
§  penyakit kemurungan dan mania
Simptom-simptom kemurungan
·       kesedihan atau ‘kekosongan’ perasaan yang berpanjangan.
·       hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan.
·       cepat rasa letih dan tidak bertenaga.
·       perasaan pesimistik dan mudah berputus asa.
·       perasaan bersalah dan tidak berguna.
·       gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur.
·       hilang selera makan dan penurunan berat badan.
·       “rasa lebih baik mati”, kadangkala disertai dengan percubaan bunuh diri.
·       rasa tidak tenteram dan mudah marah.
·       kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan.
·       simptom-simptom fizikal seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghadaman.
Mengapa seseorang mengalami kemurungan
·       kemurungan boleh berlaku dalam keluarga.
·       peristiwa atau kejadian yang menyebabkan seseorang tertekan, contohnya: kematian ahli keluarga, gagal dalam peperiksaan, perceraian ibu bapa.
·       penyakit kronik, contohnya: sawan, asma dan kanser.
·       risiko kemurungan boleh meningkat dengan penyakit neurologi seperti strok, Penyakit Parkinson (Parkinson’s disease) atau multipel sklerosis.dan juga tahun pertama selepas melahirkan anak.
·       ciri-ciri peribadi seperti tidak ada keyakinan diri.
·       penyalahgunaan dadah, contohnya steroids, ubat cegah kanser dan sebagainya.
11 tips mencegah kemurungan
·       belajar menjadi tenang dan bersabar
·       jangan terlalu ‘high expectation’ sehingga sukar dicapai
·       rancang tugas agar teratur
·       jangan terlalu mengharapkan sesuatu
·       elakkan bersendirian..habiskan masa dengan orang yang tersayang
·       libatkan diri dengan aktiviti yang membolehkan anda berfirkir secara positif
·       setiap keputusan yang berat harus dibincang dengan pihak kedua, dan melihatnya secara objektif. Ataupun mengambil keputusan setelah masalah kemurungan itu selesai.
·       tingkatkan keyakinan diri dengan menyertai kursus motivasi
·       berusaha dengan membantu diri anda sendiri dengan sebaik mungkin
·       jangan menyalahkan diri sendiri jika menemui kegagalan
·       Jika anda mengenalpasti diri berada dalam kemurungan, jangan malu untuk mendapatkan bantuan daripada mereka yang pakar. Anda boleh berjumpa dengan kaunselor atau ahli psikologi bagi membantu anda.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.