Friday, January 15, 2016

PENYAKIT KUSTA (HANSEN'S DISEASE)




Apa itu penyakit kusta?

Kusta atau Hansen’s Disease ialah penyakit berjangkit yang menyerang kulit, urat saraf dan juga tulang.

Ia boleh menyerang semua kaum dan semua peringkat umur.

Apakah penyebab penyakit kusta?

Kusta disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai “Mycobacterium Leprae”.
Tanda jangkitan seperti tompok-tompok atau lesi-lesi pada kulit mungkin muncul 7 hingga 40tahun selepas dijangkiti bakteria “Mycobacterium Leprae”.

Apakah tanda-tanda kusta?

1. Jenis Paucibaciliary-(beban jangkitan bakteria yang rendah)
Terdapat beberapa (tidak melebihi 5) tompok kemerahan atau putih yang kurang deria rasa dan tidak berpeluh.

2. Jenis Multibacialiary- (beban jangkitan bakteria yang tinggi)
Terdapat tompk-tompok putih-kemerahan kelihatan lebih banyak(melebihi 5) tompok dan merebak di seluruh badan dan lama kelamaan menyebabkan kekurangan atau hilang deria rasa dan berasa kebas.

Jangkitan kulit ini lama kelamaan akan menyebabkan penebalan cuping telinga dan kulit muka serta keguguran bulu kening.

Apabila urat-urat saraf mula terlibat, pesakit akan mengalami kekurangan atau kehilangan deria, berasa kebas atau lemah di anggota tangan atau kaki yang akhirnya menyebabkan kecatatan seperti ‘claw hand’, foot drop’ dan pesakit tidak dapat menutup mata dengan rapat.

Bagaimana kusta didiagnosa?

Penyakit kusta didiagnosa berdasarkan kepada:
1. Terdapat tompok-tompok kulit.
2. Melakukan calitan torehan kulit (slit skin smear)

Torehan kecil dibuat di enam tempat iaitu di cuping telinga, lengan, peha atau di kawasan tompok tersebut. Calitan (smear) cecair pada kulit diperiksa di bawah mikroskop untuk kehadiran bakteria.

Bagaimana mencegah komplikasi penyakit kusta?

Pesakit yang mengalami kehilangan deria rasa di tangan, kaki dan mata adalah terdedah kepada kecederaan kerana mereka tidak dapat merasa kesakitan. Pemeriksaan sendiri terhadap tangan dan kaki mesti dilakukan oleh setiap pesakit dan sebarang luka mestilah dirawat lebih awal. Kecederaan kaki dapat dicegah dengan memakai kasut yang bertutup pada setiap masa dan mesti diperiksa setiap hari bagi membuang sebarang batu, pasir atau benda-benda yang boleh menyebabkan kecederaan.

Bagaimana mengelak jangkitan kepada orang lain?

Anggota keluarga dan sesiapa yang mempunyai hubungan rapat dengan pesakit hendaklah menjalani pemeriksaan bagi mengesan sebarang penyakit kulit agar kusta dapat dikesan lebh awal. Ini dapat mengawal penyakit ini daripada terus merebak. Rawatan awal dapat kurangkan atau mencegah komplikasi dan kecatatan.

Diagnosa awal dan rawatan yang sempurana adalah cara terbaik mengawal penularan penyakit ini.

Pesakit kusta dinasihatkan sentiasa membawa nota kecil berkaitan penyakit dan status rawatannya untuk ditunjukkan kepada mana-mana doctor sekiranya dia berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain.

Bagaimana kusta dirawat?

Rawatan diberi kepada pesakit mengikut jenis kusta yang dijangkiti:

JENIS KUSTA
PAUCIBACILLARY
MULTIBACILLARY
RAWATAN
Rawatan bulanan:  
·        Rifampicin 600 mg.

Rawatan harian:
·        Dapsone 100 mg.
Rawatan bulanan:
·        Rifampicin 600 mg
·        Clofazimine 300 mg

Rawatan bulanan:
·        Clofazimine 50 mg
·        Dapsone 100mg
TEMPOH RAWATAN
6 Bulan.

Tempoh rawatan maksima:
6 dos dalam 9 bulan.
1 Tahun (jika *BI < 4)
2 Tahun (jika BI > atau sama 4)

Tempoh rawatan maksima:
·        12 dos dalam 18 bulan, (jika BI < 4)
·        24 dos dalam 36 bulan, (jika BI > atau sama 4)
SURVELAN
5 Tahun
(Survelan Klinikal)
15 Tahun
·        Calitan torehan kulit bagi 5 tahun pertam, dan
·        Diikuti dengan survelan klinikal selama 10 tahun.

Nota: * Bacteriological Index (BI)- ukuran kepadatan bakteria dalam calitan.

Adalah penting bagi pesakit menamatkan keseluruhan regim rawatan mengikut jadual yang ditetapkan. Sekiranya pesakit ada tercicir rawatan, kebiasaannnya rawatan perlu dimulakan dari awal.


Jika mengalami sebarang reaksi terhadap ubat, segera rujuk kepada Pakar Kulit (Dermatologist).

Wednesday, August 28, 2013

Ketuat: Ketumbuhan Pada Kulit


                                                          



Apakah itu ketuat?
Ketuat ialah pertumbuhan kecil pada kulit yang disebabkan oleh virus jenis human papilomavirus dan pox virus. Virus-virus ini merebak ke seluruh anggota badan dan kepada orang yang ada kaitan dengan ketuat.

Apakah jenis-jenis ketuat yang biasa?

  • Ketuat yang biasa – kecil, keras, kasar ianya biasa terjadi pada jari-jari.
  • Ketuat plantar – tumbuh pada tapak kaki. Ia lebih berbentuk kalus atau kun tetapi menghalang lapisan kulit biasa.
  • Ketuat flat – terjadi pada muka dan tangan.

Apakah tanda-tanda gejala ketuat?
Ketuat biasanya tidak menyebabkan gejala, cuma mungkin ketuat plantar terasa sakit kerana kewujudannya di tapak kaki dan tangan.


Bagaimana ketuat dirawat?
Kebanyakan ketuat akan hilang seluruhnya dalam masa beberapa tahun. Jika ketuat dirasakan sakit atau disebabkan penggunaan bahan kosmetik, rujuk kepada doktor anda untuk rawatan lanjut.

Bagaimana ketuat dapat dicegah?
Ketuat mudah berjangkit. Ia boleh dicegah daripada merebak dengan :

  • Tidak berkongsi sarung tangan atau kasut dengan orang lain.
  • Jaga kebersihan diri dengan baik.
  • Basuh dan keringkan tangan dengan kadar yang kerap.
  • Jangan berkaki ayam disekitar kolam renang

Petua menghilangkan ketuat.
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.


Conjunctivitis: Radang Selaput Mata


                                                                

Apakah maksud radang selaput mata (conjunctivitis)?
Selaput mata (conjunctiva) ialah selaput lutsinar yang melitupi mata putih dan kelopak mata. Radang selaput mata (conjunctivitis) ialah selaput mata yang sakit atau merah. Ia adalah penyakit yang kerap terjadi dan disebabkan oleh kuman (bacteria atau virus) atau alahan.


Tanda-tanda dan gejala
Hal ini bergantung kepada sebab-sebab radang selaput mata.
Radang selaput mata yang disebabkan oleh bakteria dan gejalanya adalah seperti:
  • Mata merah
  • Discaj pekat (thick discharge)
  • Kelopak mata melekat
  • Selalunya bermula pada satu mata dan berjangkit ke sebelah mata yang lain
  • Selalunya berlarutan selama seminggu

Radang selaput mata yang disebabkan oleh virus:
  • Mata merah
  • Discaj cair (slight watery discharge)
  • Selalunya bermula pada satu mata dan berjangkit ke sebelah mata yang lain
  • Boleh berlarutan selama 2 minggu atau lebih
Radang selaput mata yang disebabkan oleh alahan:
  • Mata merah
  • Gatal mata, kadangkala gatal hidung jika melibatkan resdung (allergic rhinitis)
  • Mata berair dan pedih
  • Mata sentiasa berair
  • Kedua belah mata sakit pada masa yang sama
  • Boleh berlanjutan buat masa yang lama

Apakah rawatan penyakit ini?
Ibu bapa perlu merujuk kepada doktor untuk mengetahui sebab penyakit ini dan mendapatkan rawatan yang selanjutnya.

Radang selaput mata disebabkan oleh bakteria:
  • Antibiotik digunakan dalam bentuk ubat titis mata dan "ointment" secara lebih kerap.
  • Mencuci mata dengan kerap dan perlahan-lahan juga boleh membantu

Radang selaput mata disebabkan oleh virus:
  • Tidak memerlukan rawatan yang khas
  • Mencuci mata dengan kerap dan perlahan-lahan juga boleh membantu

Radang selaput mata disebabkan oleh alahan:
  • Ia mungkin keadaan yang kronik
  • Memerlukan ubatan untuk mengawal alahan dan mengurangkan gatal

Cara-cara lain :
  • Cuci atau lap mata dengan air suam, sama ada air biasa atau air yang telah dilarutkan dengan sedikit garam
  • Elakkan kanta lekap sehingga tanda-tanda penyakit ini hilang
  • Cara-cara mengelakkan jangkitan
  • Radang yang disebabkan oleh bakteria atau virus boleh berjangkit dengan mudah. 
Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan:
  • Elakkan menyentuh mata yang dijangkiti
  • Kerap mencuci tangan terutamanya setelah menyentuh mata
  • Elakkan tempat yang sesak atau menghantar anak ke sekolah / pusat penjagaan kanak-kanak selagi mata anak anda masih merah atau berair
  • Jangan berkongsi tuala muka / kosmetik / ubat titis mata
  • Buang semua ubat titis mata setelah anak anda sihat


Tuesday, August 27, 2013

Epilepsi: Gangguan Pada Otak


                                                                   



Memahami penyakit sawan dan epilepsi

Pergerakan aneh, pengsan dan sawan. Sawan atau tarik adalah rangsangan elektrik yang berlaku di dalam otak secara tiba-tiba yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkah laku atau aktiviti kanak-kanak tersebut. Ini dapat dilihat jika kanak-kanak:

·       Diam seketika.
·       Tiba-tiba keliru atau hilang kesedaran.
·       Kaki dan tangan menjadi keras/kejang.
·       Kaki dan tangan menyentak-nyentak.
·       Tiba-tiba jatuh ke lantai.
Ramai kanak-kanak yang boleh mengalami kejadian yang menyerupai sawan. Pergerakan aneh atau pengsan ini termasuklah :
·       Terkejut.
·       Pergerakan normal semasa tidur.
·       Tindakan menahan nafas.
·       Reflex sawan anoxic (Reflex anoxic seizures).
·       Pengsan.
·       Berangan.

Apa itu epilepsi?

“Epilepsi” berasal daripada perkataan Greek “epilambanien”. Ia bermaksud “serangan”. Perkataan ini digunakan untuk menerangkan keadaan di mana serangan sawan yang berterusan berlaku tanpa sebarang rangsangan luar. Epilepsi juga dikenali sebagai “sawan babi”, “cho chin” dalam bahasa Mandarin ataupun “kaka valipu” dalam bahasa Tamil.

Nota:
Sawan yang disebabkan rangsangan adalah bukan epilepsi. Sawan jenis ini boleh disebabkan oleh kadar gula yang rendah di dalam darah, selepas berlakunya trauma kepada bahagian kepala, apabila terdapat perdarahan di dalam otak ataupun apabila mendapat jangkitan kuman di otak.

Siapa yang menghidap epilepsi?

Sekurang-kurangnya 1% dari semua kanak-kanak akan mendapat sawan yang berlaku tanpa rangsangan, tetapi hanya separuh dari kumpulan ini yang seterusnya akan mendapat epilepsi.

Mengapa anak saya menghidap epilepsi?

Epilepsi disebabkan oleh sel-sel otak yang tidak berfungsi dengan baik. Sel-sel otak berfungsi dengan menjanakan aliran elektrik di dalam otak. Apabila aliran elektrik ini menjadi tidak stabil, seperti “short circuit” dan sawan akan berlaku. Kanak-kanak yang menghidap epilepsi ada kecenderungan untuk membentuk aliran elektrik otak yang tidak stabil. Ini disebabkan oleh:

·       Faktor keturunan dan semula jadi mendapat sawan.
·       Pembentukan otak yang abnormal semasa pembentukan janin di dalam kandungan.
·       Kerosakan otak yang disebabkan oleh jangkitan otak, kekurangan oksigen / lemas atau pendarahan di bahagian otak.

·       Penyakit otak yang berlanjutan, contohnya kanser otak atau penyakit yang menyebabkan otak semakin rosak.

Sumber: http://sakitrawat.blogspot.com/

Saturday, August 24, 2013

Chlamydia: Penyakit Kelamin

                                                               
                                                                



Pengenalan
Chlamydia ialah jangkitan bakteria yang sering kali ditemui di Malaysia. Ia dikategorikan sebagai penyakit kelamin yang berjangkit melalui hubungan seks. Jika tidak dirawati ia boleh menyebabkan penyakit radang pelvis atau pelvis inflammatory disease (PID), kemandulan dan masalah ketika mengandung. Chlamydia sangat mudah merebak melalui hubungan seks daripada pasangan yang telah dijangkiti.
                              
Chlamydia berlaku empat kali ganda lebih kerap daripada penyakit gonorrhea. Wanita mengandung boleh menjangkiti bayi mereka semasa bersalin, dan boleh menyebabkan infeksi pada mata atau paru-paru (pneumonia) bayi. 

Tanda dan Gejala 
80% wanita dan 10% daripada lelaki tidak menunjukkan gejala. Walau bagaimanapun bagi mereka yang mempunyai gejala-gejala itu boleh menjelma pada hari ke 7-14 selepas jangkitan. 

Untuk Lelaki : 
  • Keluar cecair melalui zakar(penis).
  • Pedih/perit dan gatal semasa buang air kecil. 
  • Gejala yang dialami mungkin dapat dikesan awal tetapi hilang begitu sahaja. Walau bagaimanapun ianya akan muncul semula. Advanced Chlamydia boleh menyebabkan radangan pada salur epididymis dan kemandulan.

Untuk Wanita: 
  • Gatal atau keluar lendir daripada faraj.
  • Sakit di bahagian abdomen.
  • Pendarahan diantara kitaran haid.
  • Demam..
  • Penyakit ini boleh menyebabkan radang pangkal rahim dan penyakit radangan pelvis(pelvic inflammatory disease ) yang boleh menyebabkan kemandulan.

Untuk Bayi: 
  • Demam.
  • Radang paru-paru (Pneumonia)
  • Sakit mata.


Kebiasaannya ia akan menunjukkan gejala dalam masa satu minggu hingga ke satu bulan selepas jangkitan. 

Komplikasi
Chlamydia boleh menyebabkan kemandulan kepada lelaki dan wanita.

Rawatan
Wanita boleh diperiksa melalui pengambilan swab ke dalam pangkal rahim semasa pemeriksaan pelvis, sementara lelaki boleh diperiksa dengan swab ke dalam hujung salur air kencing untuk mengambil spesimen. Pemeriksaan air kencing boleh juga dilakukan untuk kedua-dua jantina. Penyakit boleh sembuh dengan pemberian antibiotik selama seminggu.

Rawatan awal digalakkan. Ia boleh mengelak daripada masalah seperti penyakit radang pelvis(pelvic inflammatory disease) di samping kemandulan dan masalah mengandung. Rawatan mesti diberi sepenuhnya sehingga gejala Chlamydia hilang. Pesakit tidak digalakkan meminum arak, susu dan lain-lain produk tenusu. 
Dalam kes-kes Chlamydia melalui perhubungan seksual, kedua-dua pasangan perlu dirawat bersama. Aktiviti seks perlu dielakkan sehingga rawatan selesai. Rawatan susulan juga penting, kerana doktor perlu memastikan jangkitan penyakit sembuh sepenuhnya.

Pencegahan
Cara pencegahan Chlamydia yang terbaik ialah dengan memperbaiki tahap kebersihan diri dan amalan gaya hidup sihat. Seorang yang aktif dalam hubungan seks perlu menggunakan kondom atau diaphragms semasa perhubungan seks. Ini dapat mengurangkan jangkitan Chlamydia. Walau bagaimanapun mengelak daripada melakukan hubungan seks adalah dicadangkan kepada yang dijangkiti dan diberi rawatan antibiotik.

Risiko untuk Chlamydia (atau lain-lain jangkitan penyakit seksual), akan meningkat dengan bertambahnya bilangan pasangan seksual.

Sumber: http://sakitrawat.blogspot.com/


Wednesday, August 21, 2013

Leptospirosis (Demam Banjir)


                                                     


Leptospirosis adalah penyakit yang jarang berlaku. Satu penyakit yang tenat/teruk dan boleh berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira berbentuk lingkaran (spiral shape). 

Salah satu penyakit yang dapat terjadi setelah banjir adalah leptospirosis. Leptospirosis adalah penyakit infeksi yang dapat menyerang manusia dan haiwan. Lebih tepatnya, penyakit menular ini adalah penyakit haiwan yang dapat menjangkiti manusia, termasuk penyakit Zoonosis yang paling kerap terjadi di dunia.

Leptospirosis juga dikenal dengan nama flood fever atau demam banjir kerana ia muncul disebabkan banjir. Di beberapa negara, Leptospirosis dikenali dengan nama demam Icterohemorrhagic, penyakit Stuttgart, penyakit Weil, demam Canicola, penyakit Swineherd, demam rawa atau demam lumpur.

Leptospirosis disebabkan bakteria patogen (dapat menyebabkan penyakit) berbentuk spiral termasuk genus Leptospira, famili leptospiraceae dan ordo spirochaetales. Spiroseta berbentuk bergulung-gulung tipis, motil, obligat, dan berkembang pelan secara anaerob. Genus Leptospira terdiri daripada 2 spesies yaitu L interrogans yang merupakan bakteria patogen dan L biflexa adalah saprofitik.

Berdasarkan penemuan DNA pada beberapa penelitian terakhir, 7 spesis patogen yang tampak pada lebih 250 varian serologi (serovars) telah berhasil diidentifikasi. Leptospira dapat menginfeksi sekurang-kurangnya 160 spesies mamalia antaranya adalah tikus, babi, anjing, kucing, rakun, lembu, dan mamalia lainnya. Haiwan peliharaan yang paling berisiko mengidap bakteria ini adalah kambing dan sapi.

Setiap haiwan berisiko terjangkit bakteri leptospira yang berbeza-beza. Haiwan yang paling banyak mengandungi bakteria ini (resevoir) ialah haiwan pengerat dan tikus. Haiwan tersebut paling kerap ditemui seluruh pelusuk dunia.
Di Amerika yang paling utama ialah anjing, haiwan ternakan, tikus, haiwan buas dan kucing. Beberapa serovar dikaitkan dengan beberapa haiwan, misalnya L pomona dan L interrogans terdapat pada lembu dan babi, L grippotyphosa pada lembu, domba, kambing, dan tikus, L ballum dan L icterohaemorrhagiae sering dikaitkan dengan tikus dan L canicola dikaitkan dengan anjing. Beberapa serotipe yang penting lainnya adalah autumnalis, hebdomidis, dan australis.

Nama-nama lain:
  • Penyakit Weil, 
  • Demam Icterohemorrhage, 
  • Penyakit Swineherd's, 
  • Demam pesawah (Rice-field fever), 
  • Demam Pemotong Tebu (Cane-cutter fever), 
  • Demam Swamp, 
  • Demam Lumpur, 
  • Jaundis berdarah, 
  • Penyakit Stuttgart, 
  • Demam Canicola. 
Leptospirosis terjadi disebabkan oleh pendedahan kepada kuman yang terdapat di dalam air yang tercemar dengan kencing binatang. Biasanya terjadi di negara beriklim panas.


Faktor risiko termasuklah:

  • Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
  • Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
  • Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

Tanda dan Gejala 

Gejala :
  • Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
  • Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
  • Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
  • Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) 
  • Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.
  • Radang selaput mata.
  • Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paru-paru atau ruam.
Tanda dan ujian makmal:
  • Ujian sel darah putih (WBC).
  • Analisa air kencing juga menunjukkan keputusan luar biasa.
  • Peningkatan kadar creatine kinase dalam darah dikesan pada lebih kurang 50% pesakit.
  • Antara 40% pesakit mengalami sedikit peningkatan enzim hati.
  • Diagnosa biasanya dibuat melalui ujian serologi (antibodi).
  • Kuman dapat dilihat dengan jelas menerusi mikroskop dark field gelap (dark field microscopy), silver stained atau mikroskopi floresent.
  • Tidak seperti Treponema, pallidum, leptospira boleh membiak melalui darah dan air tulang belakang. Biasanya ia membiak secara perlahan dan pengesanan makmal diperlukan.
  • 50% bilangan kes berjaya mengasingkan kuman dari darah.
  • Ujian air kencing biasanya positif pada minggu kedua selepas serangan penyakit (illness) dan kekal sehingga 30 hari.

Harapan(Expectations)(prognosis) 
Sembuh dalam kebanyakan kes, bagaimanapun kematian boleh berlaku pada kes yang rumit dan tidak menerima rawatan yang sewajarnya. 

Komplikasi:
  • Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin.
  • Jangkitan kuman di otak (Meningitis).
  • Perdarahan yang teruk.
  • Respiratory distress.
  • Kegagalan fungsi hati.
  • Kegagalan fungsi buah pinggang


Rawatan
Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.

Pencegahan
Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim tropika. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit.