Saturday, April 16, 2011

Angina Pektoris (Sakit Dada)

                                                                  
Apa itu Angina Pektoris?

Angina pektoris merupakan kesakitan yang dialami pada bahagian dada seseorang. Ia disebabkan oleh kekurangan pengaliran darah ke jantung dan disifatkan sebagai penyakit sementara. Jika pengaliran darah yang membawa oksigen dan nutrien ke jantung terjejas ini akan menyebabkan penyakit angina pektoris. Otot jantung memerlukan bekalan oksigen yang lebih pada waktu-waktu tertentu seperti semasa melakukan senaman ataupun ketika seseorang itu berada dalam keadaaan tertekan. Faktor lain yang boleh menjadi penyebab kepada penyakit angina pektoris ialah berkaitan dengan kardiovaskular.

Penyakit Angina Pektoris terbahagi kepada dua peringkat iaitu:-


•stabil = mengalami sakit dada apabila melakukan aktiviti.
•tidak stabil = mengalami sakit dada yang berulang-ulang-dan   berpanjangan. Sakit ini dialami sekalipun dengan melakukan aktiviti yang ringan atau semasa rehat.

Faktor Penyebab Penyakit Angina Pektoris :

Faktor atau risiko yang menjerumus kepada penyakit angina pektoris ini boleh dikategorikan kepada 2 bahagian iaitu:-

  • bolehubah
  • tidak bolehubah.
Antara risiko bolehubah penyakit angina pektoris adalah seperti dibawah ini:- 

•Penghisap rokok 
•Tekanan darah tinggi 
•Kandungan kolesterol dalam darah yang tinggi 
•Tekanan psikologi 
•Penyakit kencing manis (Diabetes Mellitus)
•Kegemukan (Obesiti )

Antara risiko tidak bolehubah penyakit angina pektoris adalah seperti di bawah ini:-

•Sejarah keluarga berpenyakit jantung (keturunan).
•Peningkatan usia. 

Aktiviti harian dan pemakanan juga boleh mempengaruhi untuk mendapat penyakit angina pektoris ini. Selain itu keadaan sekeliling seperti keadaan cuaca yang tidak menentu (telalu panas, telalu sejuk) dan aktiviti fizikal juga boleh menyebabkan seseorang boleh mendapat penyakit angina pektoris.

Tanda-tanda Penyakit Angina Pektoris :

Tanda-tanda atau gejala yang sering dihadapi bagi pesakit angina pektoris ialah:- 

•Kebiasaannya pesakit akan mengalami kesakitan pada bahagian dada yang datang secara mengejut. Fenomena ini biasanya berlaku selepas anda melakukan senaman atau selepas anda makan. Anda akan merasa kurang selesa seperti pedih ulu hati selepas anda makan. Keadaan ini biasanya dialami dari 5 ke 10 minit dan berlarutan paling lama sehingga ke 30 minit.

•Pesakit juga akan mengalami sesak nafas dan muka akan kelihatan pucat. Keadaan ini di sebabkan pengaliran udara ke jantung berkurangan.

Tekanan, penyakit batu karang atau batu di pundi hempedu dan kayap juga boleh menyebabkan seseorang mengalami penyakit angina pectoris.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.