Thursday, April 14, 2011

Tonsilitis

                                                          
Pengenalan:

Tonsil merupakan tisu limfoid yang berada pada kedua-dua bahagian tekak manusia. Inflamasi tonsil dinamakan tonsillitis.  Tonsilitis boleh wujud dalam bentuk akut tonsillitis, kronik tonsillitis, tonsillitis berulang kali dan yang paling teruk dinamakan peritonsillar abscess ( tonsil bernanah ).

Penyakit ini selalunya berlaku pada kanak-kanak dan boleh berlaku sekiranya pesakit mempunyai ahli keluarga yang telah menjalani pembedahan pembuangan tonsil.
Sungguhpun ia kerap berlaku pada kanak-kanak, tetapi ia jarang sekali berlaku kepada kanak-kanak yang berusia kurang daripada 2 tahun.
Tonsilitis yang disebabkan oleh Streptococcus selalunya berlaku pada kanak-kanak berusia 5-15 tahun manakala tonsillitis yang disebabkan oleh virus selalunya berlaku pada kanak-kanak yang lebih muda usianya.
Peritonsillar abscess ( PTA ) biasanya berlaku pada golongan remaja, tetapi ianya boleh juga berlaku kepada kanak-kanak.

Apakah penyebab tonsillitis ?

Kebanyakan serangan penyakit tonsillitis adalah disebabkan oleh virus seperti :

·       HSV
·       EBV
·       Cytomegalovirus
·       Herpes viruses
·       Adenovirus
·       Measles virus
  • ·       Bakteria pula hanya menyumbang 15-30% kepada penyakit tonsillitis. Bakteria anerobik memainkan peranan yang penting dalam penyakit ini.

Apakah simptom-simptom tonsillitis ?

Sejarah menentukan jenis tonsillitis sama ada ianya akut, berulang atau kronik.
Akut tonsillitis.
Simptom-simptom akut tonsillitis termasuk demam, sakit tekak, nafas berbau, susah untuk menelan, sakit untuk menelan, berdengkur, bernafas melalui mulut, letih dan lemah badan. Simptom selalunya hilang selepas 3-4 hari. Akan tetapi ia boleh bertahan selama 2 minggu sekalipun diberi rawatan yang cukup 2.
Tonsilitis berulang.
Keadaan ini berlaku apabila pesakit mengalami serangan tonsillitis sebanyak 7 kali dalam setahun, 5 jangkitan dalam masa 2 tahun berturut-turut ataupun 3 jangkitan setiap tahun dalam masa 3 tahun berturut-turut.
Kronik tonsillitis.
Simptom-simptom kronik tonsillitis termasuklah sakit tekak yang berpanjangan, mulut berbau, tonsillitis dan sakit kalenjar servikal berterusan.

Peritonsillar abscess (PTA) ( tonsil bernanah ).
Simptom-simptom tonsil bernanah termasuklah sakit tekak yang teramat sangat, demam, air liur meleleh, nafas berbau, susah untuk membuka mulut dan serak suara.
Bagaimanakah penyakit ini didiagnosakan?

Sebenarnya penyakit ini boleh sahaja didiagnosakan berdasarkan simptom-simptom yang ditunjukkan oleh pesakit. Akan tetapi pemeriksaan fizikal penting untuk memastikan penyakit tersebut adalah tonsillitis.
Penemuan positif bagi pesakit tonsillitis adalah apabila tonsil kelihatan bengkak dan merah. Kadang-kadang, nanah mungkin turut kelihatan.
Di dalam keadaan yang teruk, pesakit mungkin mengalami perubahan suara dan bernafas melalui mulut disebabkan oleh pembengkakan tonsil.
Sakit kalenjar servikal dan ketegangan otot leher mungkin boleh wujud ketika serangan penyakit ini.
Di dalam kes peritonsillar abscess (PTA), farinx kelihatan bengkak dan merah dan pesakit tidak dapat membuka mulut kerana sakit. Selalunya tonsil yang bengkak adalah berbentuk unilateral di mana salah satu tonsil adalah lebih besar berbanding yang satu lagi. Selain daripada penemuan fizikal di atas, sakit kalenjar servikal,sakit telinga di bahagian yang berkenaan dan torticollis boleh wujud.

Selain daripada perkara-perkara di atas, doktor juga akan memeriksa kulit beserta mukosa pesakit untuk melihat tanda-tanda kekurangan air di dalam badan.
Terdapat beberapa kes yang patut diambil pertimbangan semasa melakukan pemeriksaan farinx dan tonsil.
Kes-kes seperti Infectious mononucleosis dan jangkitan virus Herpes simplex mempunyai cirri-ciri tambahan yang berbeza.
Dalam kes Infectious mononucleosis, selain daripada akut tonsillitis, penyakit ini juga menunjukkan penemuan fizikal lain seperti sakit kalenjar axilla, servikal dan inguinal beserta limpa yang bengkak, letih yang amat sangat, sakit-sakit badan dan demam bersuhu rendah mengiringi akut tonsillitis. Penemuan fizikal yang paling penting membezakan infectious mononucleosis dengan akut tonsillitis yang lain ialah terdapatnya selaput berwarna kelabu yang meliputi tonsil yang membengkak sebagaimana gambar di bawah. Selaput ini boleh dibuang tanpa berlaku pendarahan.

Berbeza dengan kes jangkitan virus herpes simplex, penemuan fizikal yang boleh didapati pada pesakit ialah farinx kelihatan merah, tonsil kelihatan bengkak dan kadang-kadang terdapat ulcer pada permukaan tonsil. Selain itu, radang gusi dan radang bibir boleh wujud pada pesakit.

Di dalam kes tonsillitis ini, perlukah ujian makmal dijalankan?

Tonsilitis dan peritonsillar abscess ( PTA ) boleh didiagnosis secara klinikal iaitu berdasarkan simptom-simptom dan penemuan fizikal oleh doktor.

Pemeriksaan makmal hanya dilakukan sekiranya jangkitan tonsil disyaki disebabkan oleh Kumpulan A beta-hemolytic streptococcus.  Di dalam kes ini sample diambil daripada tekak pesakit kemudian dikultur di dalam makmal. Kultur dari tekak pesakit untuk mengesan kumpulan A beta-hemolytic streptococcus adalah 90-95% sensitif. Berbeza pula dengan rapid streptococcal test kerana ia adalah kurang sensitif berbanding kultur tekak pesakit.Walau bagaimanapun, masa yang diperlukan untuk mengesan bakteria di dalam kultur dari tekak mengambil masa yang lama berbanding rapid streptococcal test. Ini menjadi faktor penggunaan rapid streptocoocal test lebih praktikal berbanding kultur dari tekak pesakit.

Selain ujian makmal di atas, ujian serum Monospot ( untuk mengesan infectious mononucleosis yang disebabkan oleh virus Epstein-Barr ), CBC (complete blood count)dan paras elektrolit di dalam serum mungkin dibuat.

Bagaimana tonsillitis dirawat?

Rawatan akut tonsillitis bertumpu kepada pengekalan air di dalam badan dan juga pengambilan kalori yang cukup . Selain itu, ia juga bertumpu kepada pengawalan sakit dan demam.
Ketidakmampuan mengekalkan pengambilan air dan kalori yang cukup boleh menyebabkan pesakit terpaksa mengambil gentian air secara intravenous, antibiotik dan pengawalan sakit. Kortikosteroid secara intravenous mungkin diberi untuk mengurangkan pembengkakan pharynx.
Rawatan yang diberikan semasa terkena tonsillitis sebagaimana di
bawah :

1.    Paracetamol dapat mengurangkan sakit dan demam.
2.    Elakkan makanan yang keras, rangup, berempah dan pedas dapat mempercepatkan proses penyembuhan.
3.    Banyakkan berehat.
4.    Banyakkan minum air.
5.    Corticosteroid boleh memendekkan tempoh demam dan radang farinx di dalam kes infectious mononucleosis.
6.    Antibiotik selalunya dipreskripsikan apabila berlakunya radang farinx yang disebabkan oleh bacteria. Ampicillin dan cephalexin selalunya dipreskripsikan akan tetapi ia patut dielakkan penggunaannya sekiranya disyaki infectious mononucleosis. Erythromycin patut digunakan di dalam kes infectious mononucleosis.

Preskripsi antibiotik patut diberikan di dalam kes:
1.    Tonsil bernanah.
2.    Demam.
3.    Peningkatan sel darah putih di dalam darah.
4.    Pesakit mendapat jangkitan daripada pesakit yang telah dijangkiti oleh Group A beta-hemolytic streptococcus. Di dalam banyak kes, inflamasi farinx yang disebabkan oleh bakteria dan virus adalah mustahil untuk dibezakan secara klinikal.

Kepentingan rawatan Group A beta-hemolytic streptococcus dengan antibiotik ialah :
1.    Untuk mengelak terjadinya demam rheumatik.
2.    Pencegahan daripada berlakunya komplikasi tonsil bernanah.
3.    Mengurangkan simptom-simptom dan tanda-tanda tonsillitis.
4.    Mengelakkan perebakan jangkitan yang disebabkan oleh Group A beta-hemolytic streptococcus.
5.    Mengurangkan kesan sampingan rawatan antibiotik yang tidak sesuai.

Bilakah kalenjar tonsil patut dibuang?

Tonsilitis berulang
Kalenjar tonsil patut dibuang sekiranya pesakit mendapat serangan penyakit tonsillitis sebanyak 6 kali dalam masa 1 tahun, 3 atau lebih jangkitan tonsil dalam masa 1 tahun sekalipun diberi rawatan perubatan, kronik atau jangkitan berulang yang dikaitkan dengan pembawa streptococcus yang tidak memberikan kesan kepada antibiotik yang tahan beta-lactamase.
Tonsilitis berulang selepas pembuangan tonsil adalah jarang sekali.
Tonsilitis selepas pembuangan tonsil mungkin disebabkan oleh pertumbuhan semula tisu tonsil yang mana dirawat dengan membuang tisu tersebut.
Kronik Tonsilitis
Rawatan terbaik untuk kronik tonsillitis ialah pembedahan pembuangan tonsil. Walau bagaimanapun risiko pendarahan semasa dan selepas pembedahan harus diambil kira sebelum ia dilakukan kerana tonsil mungkin sudah berparut. Pertimbangan ini mempengaruhi pemilihan peralatan semasa pembedahan dan keputusan untuk membenarkan pesakit balik.
Tonsillitis di dalam kes Infectious mononucleosis:
Pembesaran tonsil yang kekal selepas jangkitan infectious mononucleosis dan menyebabkan saluran pernafasan tersumbat perlu pembedahan pembuangan tonsil.
Peritonsillar abscess – PTA( Tonsil bernanah )
Rawatan untuk PTA termasuklah aspiration( nanah ditarik keluar dengan menggunakan jarum ) dan Incision and drainage( tonsil dibelah dan nanah ditarik keluar).
Pembedahan pembuangan tonsil dilakukan untuk kes PTA apabila ia dikaitkan dengan kronik atau tonsillitis berulang.
Bolehkah jangkitan pada kelenjar tonsil dielakkan?

1.Radang tonsil yang disebabkan sakit kerongkong (diphtheria) boleh dielakkan dengan pengambilan immunisasi.
2.Kalau tidak dibuang pencegahan tidak dapat dilakukan.
3.Elakkan pesakit yang mempunyai keimunan rendah seperti pesakit HIV atau pesakit yang sentiasa mengambil kortikosteroid amat berguna.
4.Pemberian immunisasi dapat mencegah radang tonsil yang disebabkan diphtheria, namun begitu ianya sukar dicegah. Elakkan daripada bergaul dengan kanak kanak yang ada selsema dan batuk.
Bolehkah radang tonsil mengakibatkan gejala yang teruk selain dari sakit tekak ?

 Komplikasi yang teruk telah di kenal pasti. Ini termasuk:

·       Deman rheumatik (jangkitan diselaput jantung) disebabkan bakteria sreptokokus dan tidak mengambil antibiotik dengan secukupnya.
·       Radang buah pinggang (acute glomerulonephritis) juga kerana jangkitan streptococcus.
·       Pangkal kelenjar tonsil yang bernanah perlu rawatan kecemasan.
·       Radang tonsil yang berulang boleh menjelaskan kesihatan kanak-kanak dan kualiti hidupnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.