Monday, February 27, 2012

Ulser Mulut: Kecil tetapi Memedihkan



                                                                  
   
Latar belakang
Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan serta amat menyakitkan.

Apakah yang menyebabkan ulser mulut?
Penyebab sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh :

     * Stres.
    * Perubahan hormone.
    * Jangkitan (infeksi).
    * Kekurangan zat makanan.
    * Alahan.
    * Radioterapi.
    * Kimoterapi.


Tanda-tanda/ Simptom
Tanda-tanda ulser mulut termasuk :

    * Rasa membakar dalam mulut.
    * Kesakitan.
    * Tidak selesa.
    * Hilang selera makan.
    * Demam.

Tempoh untuk ulser mulut sembuh
Kesakitan kebiasaannya akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari tetapi ulser akan mengambil masa selama 10-14 hari untuk sembuh.

Perhatian
Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian sekiranya ulser berlanjutan selepas dua minggu untuk memastikan ia bukanya lesi kanser atau pra-kanser.

Apa yang boleh anda lakukan?
Untuk melegakan rasa sakit, anda boleh mencuba petua-petua berikut :

    * Gunakan bahan kumuran antiseptik.
    * Sapukan gel atau krim penahan sakit.
    * Kekalkan kebersihan mulut.
    * Makan makanan yang lembut.
    * Elakkan memakan makanan yang panas dan pedas.
    * Banyakkan minum air.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.